Thursday, February 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Viral

‘Apa Salahnya Berhabis Duit’- Lelaki Ini Habiskan RM40,000 Untuk Mengundi di Muar

by Phic ARMAN
November 19, 2022
73
KONGSIAN
Share on Facebook

Seorang pengundi Malaysia sanggup membelanjakan RM40,000 semata-mata untuk pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor dari Arab Saudi supaya dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Lelaki itu adalah Datuk Radzi Mansor, 40 tahun berkata, beliau gembira kerana dapat kembali memilih Ahli Parlimen (MP) Muar pada PRU15 ini.

Seperti yang dilaporkan Sinar, Radzi, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif A&M Berkat Travel & Tours Sdn. Bhd. dan pemilik Hotel Mekah R’Suites Di Arab Saudi pulang ke rumahnya di Jalan Ibrahim di Muar bersama bapanya Mansor Salim, 76 pada 30 Oktober 2022.

Beliau turut berkongsi kepulangannya ke tanah air pada PRU15 ini juga bermakna beliau dapat menziarahi keluarga di Johor.

Bercakap kepada pemberita semasa membuang undi di pusat mengundi SMK Sri Muar hari ini, Radzi berkongsi,

“”Apalah salahnya berhabis duit untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat, lagipun pilihan raya umum hanya lima tahun sekali,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar, di sini hari ini.

Radzi telah menetap di Arab Saudi sejak 14 tahun lalu dan akan pulang ke Malaysia pada Selasa bersama bapanya. Bercakap mengenai PRU15, beliau berharap pemimpin yang dipilih rakyat khususnya penduduk Muar dapat berkhidmat dengan ikhlas dan memajukan kawasan ini agar setanding dengan bandar-bandar di seluruh dunia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: PRU15Radzi Mansor
Share29Tweet18SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

[VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”
Personaliti

[VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?
Jalan-Jalan

Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?
Selebriti

Meer Nash Menari Di Jalan Raya Tapi Diva AA Jadi Fokus Netizen?

by Mas Ayu
January 31, 2023
Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman
Lokal

Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman

by Mas Ayu
January 30, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan