Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti telah berkongsi satu video di akaun tiktok miliknya @toktitiktok. Video tersebut telah menarik perhatian para peminat dengan suara yang lunak dan merdu.
“Redha Je La Adik Ye”
@toktitiktok Adik cuba fahami apa ibu cuba jerit ni ye? Hahahaha.. redhale la adik ye ..#fypシ
Menerusi video yang dikongsi, terlihat anak bongsu Tokti sedang khusyuk mendengar nyanyian ibunya yang begitu merdu dengan lagu ‘Cinta’. Tokti sangat menghayati lagu tersebut walaupun lagu yang dinyanyikan boleh dikatakan agak susah kerana nadanya yang begitu tinggi. Tokti turut membuat kapsyen dengan bertanya kepada anaknya yang cuba faham apa yang dilakukan olehnya.
Adik cuba fahami apa yang ibu cuba jerit ni ye? Hahahahaa… redha je lah adik ye- tulisnya.
“Note Tinggi Tapi Tak Bingit“
Hasil tinjauan Murai MY di ruangan komen, rata-rata peminat memuji suara Tokti yang sungguh merdu dan langsung tidak bingit apabila didengar, lebih-lebih lagi pada part note tinggi.
Sedap nyaaa! High note yang tak bingit, sangat merdu!
Sedappppp nak meninggal! nangisssss. Tarik yang merdu. Ni baru saja-baru je. Kalau betul-betul all out tak tahu nak cakap.
Tokti punya cover ni jadi tak bingit telinga. high note pon tone dia tak lari…dinamik dia so cantik..
Sekadar info, Dato Siti Nurhaliza juga telah tersenarai sebagai salah seorang muslim yang berpengaruh di dunia oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja bagi tahun 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.[21] Sebagai ahli perniagaan, beliau memiliki aset-aset perniagaan termasuk Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik), Creacion (fesyen), Beausiti (minuman kesihatan) dan Afiya (tudung).
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.