Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Rekaan Eksklusif, Harga Berpatutan & Tak Perlu Tempah! Ini Berita Baik Buat Bakal Pengantin

by Arsiqin Yusof
November 30, 2022
Share on Facebook

Persalinan perkahwinan sememangnya menjadi satu perkara yang sangat dititikberatkan bagi semua bakal Raja Sehari. Siapa sahaja yang tidak mahu kelihatan bergaya, manis dan berseri pada hari bahagia sambil menjadi tatapan para tetamu yang hadir.

20 Rekaan Pakaian Nikah Ready-To-Wear

Jenama yang tidak asing lagi buat kebanyakan rakyat Malaysia, Bulan Bintang buat pertama kalinya menampilkan 20 koleksi pakaian nikah ready-to-wear yang boleh dipadankan dengan 13 pilihan warna baju melayu duchess.

Rekaan premium yang menekankan konsep tradisional dan kontemporari dengan harga mampu milik menerima sambutan baik dari bakal mempelai. Ini kerana kepelbagaian rekaan busana nikah seperti kebaya, mini kurung yang didatangkan dengan lace dan sulaman eksklusif memberi pengguna kepuasan dalam memilih jenis rekaan yang diminati.

View this post on Instagram

A post shared by BAJU MELAYU FAVOURITE (@bulanbintanghq)

Terpampang Di Papan Iklan Berhadapan KLCC

Jika sebelum ini jenama Bulan Bintang sering tular di media sosial setiap kali menjelang Aidilfitri, tahun ini gempar pula di Twitter apabila jenama pakaian lokal pertama memaparkan video animasi 3D Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya, duta jenama Bulan Bintang di papan iklan berhadapan menara KLCC.

Menurut pemilik Bulan Bintang, Azzim Zahid, pihaknya mengutamakan gaya rekaan yang eksklusif namun dijual pada harga yang berpatutan.

“Kami ingin semua pelanggan memiliki busana nikah Bulan Bintang pada harga yang berpatutan dengan rekaan yang seolah-olah ditempah khas dari pereka fesyen terkemuka,” katanya.

Akaun Instagram Azzim Zahid;

View this post on Instagram

A post shared by Azzim Zahid (@meripergibulat)

Giveaway 50 Pasang

Sempena pelancaran koleksi nikah ini, Bulan Bintang tular pula dengan peraduan giveaway di mana 50 pasang baju nikah percuma akan diberikan pada pasangan yang bakal bernikah. Melalui perkongsian di Instagram, cara untuk memenangi peraduan ini amat mudah di mana pengikut hanya perlu menjawab soalan yang diberikan di ruangan komen selain dari like dan repost.

“Peraduan giveaway yang dianjurkan adalah salah satu tanda penghargaan khas buat semua yang sentiasa menyokong kami sejak dari dulu lagi.

“Bulan Bintang sangat gembira untuk jadi sebahagian dari hari bersejarah setiap bakal pengantin,” kata Azzim lagi.

View this post on Instagram

A post shared by BAJU MELAYU FAVOURITE (@bulanbintanghq)

Pihak jenama ini tentunya berharap agar setiap rekaan yang dimenangi daripada peraduan tersebut membawa keterujaan bakal mempelai pada hari bahagia mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bulan Bintangfesyen
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara