Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selera

Kolaborasi NONA Dan WOWSHOP Lancar Set Pinggan Eksklusif Le NONA

by Aphit J.
December 4, 2022
31
KONGSIAN
Share on Facebook

WOWSHOP, saluran beli belah dari rumah kesayangan Malaysia, dengan berbesar hati melancarkan produk terbaharu  untuk pelanggannya, iaitu set pinggan hidangan Le NONA.

Kolaborasi NONA dan WOWSHOP

via Media Prima

Koleksi eksklusif ini hasil kolaborasi sulung bersama program tv wanita paling unggul di Malaysia, NONA TV3, menampilkan motif mawar indah dengan kehalusan rekaan Eropah berkualiti tinggi.

Koleksi Le NONA membawa slogan “Sentuhan Elegan Cita Rasa Anda” yang membuka langkah penerokaan WOWSHOP kepada pasaran pinggan hidangan eksklusif yang menawarkan perkakas rumah kegunaan harian yang cantik dan berkualiti serta mampu meningkatkan gaya hidup pelanggan.

Aspirasi Wanita NONA

Koleksi istimewa ini terinspirasi daripada aspirasi wanita di NONA, rancangan majalah wanita paling lama bersiaran di TV3 yang telah merakamkan seribu satu kisah kehidupan mengenai wanita dalam dan luar negara.

NONA TV3 juga disenaraikan sebagai rancangan TV wanita Malaysia paling lama disiarkan oleh Malaysia Book Of Records pada 28 Ogos 2005, ketika sambutan ulang tahun ke-20 TV3.

Sehingga kini, NONA terus memaparkan pelbagai topik inspirasi, daripada trend fesyen terkini hinggalah kepada makanan dan kesihatan, selain liputan hal semasa serta petua dan berita yang tular, agar golongan wanita mendapat maklumat terkini dan terhibur setiap petang Ahad.

Harga Berpatutan

via Media Prima

Set pinggan hidangan Le NONA, dengan harga berpatutan, RM259 satu set, mengandungi 29 keping pinggan mangkuk kaca opal dengan reka bentuk eksklusif.

Pelanggan juga akan menerima hadiah percuma satu set jag kaca dan cawan dengan rekaan menawan.

Pelanggan juga boleh menyaksikan bagaimana koleksi istimewa ini disajikan dalam rancangan NONA TV3 bersama pengacaranya Amyra Rosli serta menerusi segmen Air Tangan yang menampilkan set eksklusif ini bermula 27 November hingga 18 Disember 2022.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: NONAWOWSHOP
Share12Tweet8SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Rasa Lebih Authentic Bila Makan Makanan Korea Di Restoran KL & Selangor Ini…
Selera

Rasa Lebih Authentic Bila Makan Makanan Korea Di Restoran KL & Selangor Ini…

by Soph Azz
January 27, 2023
MAHSURI Menyokong Sekolah Masakan & Bakal Tawarkan Biasiswa? Bestnya!
Selera

MAHSURI Menyokong Sekolah Masakan & Bakal Tawarkan Biasiswa? Bestnya!

by Naddy Joe
January 26, 2023
5 Promosi Hebat KyoChon 1991 Sempena Tahun Baru!
Selera

5 Promosi Hebat KyoChon 1991 Sempena Tahun Baru!

by Soph Azz
January 26, 2023
Rendah Kalori & Sesuai Untuk Diet, Pilih Menu Ini Kalau Ke Starbucks!
missmurai

Rendah Kalori & Sesuai Untuk Diet, Pilih Menu Ini Kalau Ke Starbucks!

by Soph Azz
January 19, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  2. 2

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan