Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Wangian Selebriti Pilihan Cik Murai, #3 Paling Best Tapi Sayangnya…

by Lisa Ghani
December 8, 2022
Foto - Getty

Foto - Getty

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Semburan wangian merupakan daya penarik seseorang. Tanpanya kita merasa kurang dan kosong pada penampilan. Ada juga menggunakan wangian sebagai objek untuk keyakinan diri. Bila disembur pada nadi pergelangan tangan dan leher, haruman semerbak membangkitkan lagi aura positif personaliti.

Terdapat macam-macam wangian di pasaran, tapi percayalah di kalangan itu ada yang lebih menyukai wangian selebriti. Setiap kali selebriti kesayangan mengeluarkan wangian, dialah orang pertama yang teruja.

Cik Murai pun minat juga mengumpul wangian selebriti, lebih-lebih lagi yang berbau bunga, manisan buah-buahan, vanila berkrim, dan pedas rempah.

Nak tahu, wangian selebriti yang paling best baunya pilihan hati Cik Murai;

Lovely – Sarah Jessica Parker

Lovely oleh Sarah Jessica Parker ialah wangian lembut, agak berserbuk dan sangat intim. Ia mempunyai ciri keanggunan wangian klasik, namun agak moden dan sangat menawan.

Foto – Shopee

Bila dibuka jelas bau dari sitrus lembut dan nota kayu (rosewood), dengan sentuhan lavende. Haruman berkembang lebih jauh dengan nota epal, narcissus dan orkid. Asasnya terlahir daripada gabungan nota white amber, cedar, woody notes dan white musk.

Fantasy – Britney Spears

Satu lagi wangian selebriti yang ikonik, Fantasy oleh Britney Spears. Menjadi pilihan setiap orang masa awal-awal dahulu. Botol cantik yang dihiasi dengan kristal Swarovski mengetengahkan bau yang manis dan fruity.

Foto – Shopee

Dicipta dari campuran nota red lychee, kiwi, white chocolate dan musk, Fantasy bila dihidu menimbulkan bau yang sensual dan sedikit ketagih.

The Key – Justin Bieber

All time favourite! Berilah mana-mana minyak wangi, The Key oleh Justin Bieber masih menjadi kegilaan Cik Murai. Baunya sangat ikonik dan selesa sekali, gabungan bunga dan buah-buahan.

Foto – Shopee

Nota teratas ialah pear, boysenberry, mandarin orange dan osmanthus. Di tengah pula peach, water lily dan pink jasmine, pada asas ialah musk, vanilla, raspberry dan woody.

Sayangnya, minyak wangi The Key tidak dipasarkan di Malaysia. Jika mahu mendapatkan secara online juga sangat susah kerana keluarannya sangat terhad.

Glow – Jennifer Lopez

Siapa pernah bau Glow dari Jennifer Lopez? Glow dicipta pada tahun 2022, merupakan wangian pertama JLo dengan bau signature-nya, yang menggabungkan not-not segar seperti orange blossom, pink grapefruit, rose dan musk.

Foto – Shopee

Ironi, minyak wangi ini direka untuk membuatkan kamu berasa bersih, segar dan seksi, lihat sahaja pada botolnya. Cantikkan?

Ini antara kegemaran Cik Murai, apa pula pilihan kamu?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
minyak wangi selebritiperfume selebriti
https://lomp.at/rsmwc
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem