Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Kamu Ada Bintik-Bintik Halus Bawah Mata, Ini Cara Nak Hapuskannya

by Lisa Ghani
December 9, 2022
Foto - Clinic

Foto - Clinic

Share on Facebook

Belek muka di cermin, kamu melihat ada bintik-bintik halus di bawah mata, hidung dan pipi. Jerawat ke?

Jangan panik, kerana ia bukan jerawat tetapi sebaliknya ‘biji kolesterol’ atau dalam bahasa inggeris disebut milia seed, macam ruam tapi bukan.

Dipetik dari Hello Doktor, ia merupakan benjolan kecil yang berwarna putih atau kekuningan dan dipenuhi dengan keratin di bawah permukaan kulit. Untuk pengetahuan semua, milia seed tidak berbahaya dan menyakitkan, malah boleh dihilangkan dan dipulihkan dari masa ke masa.

Foto – Clinic

Apa agaknya punca milia seed? Adakah faktor pemakanan mempengaruhi atau dari solekan seharian kamu? Milia seed biasanya terbentuk di sekitar kawasan hidung dan mata serta boleh berlaku dalam masa yang agak lama.

Ia muncul disebabkan kalenjar penuh tidak berfungsi secara konsisten, disebabkan penggunaan kosmetik dan produk penjagaan kulit yang keterlaluan sehingga menyebabkan kerosakan pada kalenjar penuh lalu terhasillah milia seed ini.

Kadang-kala genetik juga boleh mendorong kemunculannya. Memandangkan ianya biasa terjadi jauh di bawah lapisan kulit, maka ia tidak boleh dipicit seperti kamu memicit biji jerawat.

3 cara untuk hapuskan milia seed

  • Guna retinol

Penggunaan retinol tidak disyorkan bagi mereka yang berkulit sensitif. Sila rujuk dengan pakar kulit terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat. Jangan lupa, sapu retinol pada bahagian siku semalaman sebelum menyapunya pada kulit wajah untuk lihat sama ada sensitif atau tidak.

  • Pengelupasan

Pengelupasan kimia (chemical peeling) ini akan bantu menanggalkan lapisan kulit yang telah rosak secara perlahan dengan pemantauan doktor.

  • Pecahkan

Boleh pecahkan tapi… ada caranya. Oleh kerana milia seed tidak mempunyai mata seperti jerawat atau bisul, kamu sendiri perlu memecahkannya dengan jarum halus yang sudah dibersihkan daripada kuman terlebih dahulu demi mengeluarkan isinya.

Foto – Diva

Sebelum memicit, pastikan tangan sudah dibersihkan dan jangan sesekali guna kuku. Alas tangan dengan tisu atau kain bersih supya kulit tidak mudah terkoyak atau luka.

Jangan panik kalau nampak bintik-bintik halus, itu mungkin milia seed.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
biji kolesterolbintik halusmilia seed
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara