Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

DJI Mini 3 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Jom Semak Harga & Kelebihannya!

by Phic ARMAN
December 9, 2022
11
KONGSIAN
Share on Facebook

DJI, peneraju dunia dalam dron awam dan teknologi kamera kreatif, memperkenalkan DJI Mini 3, sebuah dron kamera ultra ringan yang kompak dan bersedia untuk pengembaraan.

Dengan berat kurang daripada 249 gram, Mini 3 adalah ringan untuk dibawa ke mana jua dan dikecualikan daripada kebanyakan peraturan dron di beberapa buah negara. Sensor kameranya yang bersaiz 1/1.3-inci merakamkan video 4K HDR dan foto 12MP dengan Rakaman Menegak

Benar (True Vertical Shooting) untuk kejelasan kandungan media sosial yang menakjubkan. Dengan ciri ini dan banyak lagi, DJI Mini 3 membolehkan pengguna merakam pada bila-bila masa.

Ringan dan Mudah Alih untuk Penerbangan Tanpa Had

Sebagai siri Mini DJI terbaharu, Mini 3 direka khusus untuk memastikan beratnya kurang daripada 249 gram. Reka bentuk kompak ini menjadikan DJI Mini 3 mudah dibawa di dalam beg atau poket anda untuk pengembaraan anda yang seterusnya. Ia juga memenuhi peraturan dron di banyak negara yang membenarkan dron sub-250g terbang tanpa memerlukan pendaftaran atau pemeriksaan serta mengikuti pematuhan serantau.

Terang, Butiran Menegak

DJI Mini 3 merakam dalam 4K/30fps HDR yang menakjubkan dengan warna yang realistik, pada waktu siang dan malam. 2 Sensor CMOS bersaiz 1/1.3-inci dan apertur f/1.7 membolehkan resolusi imej yang lebih besar, kedalaman medan yang lebih tajam dan gangguan imej yang lebih rendah walaupun dalam pencahayaan rendah dan kontras tinggi, menghasilkan imej yang lebih jelas.

Teknologi piksel 4-dalam-1 boleh mencipta foto daripada saiz 48MP hingga 12MP dan piksel individu sebesar 2.4 μm untuk meningkatkan prestasi cahaya malap.

Dua ISO asal dan teknologi HDR tahap cip membantu mencipta imej yang sangat jelas dalam masa yang
singkat, mewujudkan hasil yang sangat baik, walaupun dalam imej dengan julat dinamik tinggi seperti bayang-bayang besar.

Kualiti imej yang sangat baik ini bermakna hasil yang lebih cemerlang dengan Rakaman Menegak Benar, memutarkan kamera kepada 90 darjah untuk mencipta kandungan yang terbaik untuk platform media sosial.

Terbang Lebih Lama, Lebih Lancar, Lebih Jauh

DJI Mini 3 dilengkapki dengan Bateri Penerbangan Pintar standard untuk memberikan masa penerbangan maksimum sehingga 38 minit. Lanjutkan penerbangan anda sehingga 51 minit dengan Bateri Penerbangan Pintar Plus.

Transmisi video digital DJI O2 menyampaikan suapan langsung 720p/30fps dari jarak sehingga 10 km sambil menggunakan teknologi antigangguan yang berkuasa untuk menyampaikan sambungan yang boleh dipercayai sepanjang penerbangan.

Ciri-ciri tambahan

  • Panorama 180°, Lebar dan Sfera, dengan Pemapar Panorama Sfera 2.0 dalam aplikasi DJI Fly yang memberi pandangan 720° untuk menyeret dan mengezum panorama Sfera. QuickTransfer dengan kelajuan muat turun maksimum 25 MB/s
  • Menyokong kecondongan sudut besar untuk memperkenalkan lebih banyakkemungkinan yang kreatif.
  • Zum digital – 2x dalam 4K/30fps, 4x dalam 1080p dan 2x dalam foto 12MP.

Harga dan Ketersediaan

DJI Mini 3 boleh dibeli dari SHOPEE dan rakan kongsi runcit yang sah dalam tujuh konfigurasi:

  • DJI Mini 3 (Dron Sahaja) tidak termasuk alat kawalan jauh atau pengecas dan sesuai untuk pemilik dron
  • DJI sedia ada. Ia boleh didapati sekarang pada harga runcit RM 1,999.
  • DJI Mini 3 termasuk Alat Kawalan Jauh DJI RC-N1. Ia boleh didapati sekarang pada harga runcit RM 2,399.
  • DJI Mini 3 (DJI RC) termasuk Alat Kawalan Jauh DJI RC. Ia boleh didapati sekarang pada harga runcit RM 3,099. 
  • Kombo Plus DJI Mini 3 Fly More termasuk Alat Kawalan Jauh DJI RC-N1, Beg Bahu, Hab Pengecasan Dua Hala dan dua Bateri Penerbangan Pintar tambahan. Ia boleh didapati sekarang pada harga runcit RM 3,299.
  • Kombo Plus DJI Mini 3 Fly More (DJI RC) termasuk Alat Kawalan Jauh RC DJI, Beg Bahu, Hab Pengecasan Dua Hala dan dua Bateri Penerbangan Pintar Plus tambahan. Ia boleh didapati sekarang pada harga runcit RM 3,999.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang semua ciri, aksesori dan keupayaan baharu, sila lawati Imej dan aset boleh didapati di pautan ini: https://bit.ly/DJI-Mini-3

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: DJIDJI MiniDJI Mini 3dron
Share4Tweet3SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Seperti Yang Dinanti-nantikan! Ini Harga Galaxy S23, S23 Plus, S23 Ultra di Malaysia
Teknologi

Seperti Yang Dinanti-nantikan! Ini Harga Galaxy S23, S23 Plus, S23 Ultra di Malaysia

by Phic ARMAN
February 2, 2023
HUAWEI Memperkenalkan Bunyi Menakjubkan Dengan Huawei Freebuds 5i Serba Baharu
Teknologi

HUAWEI Memperkenalkan Bunyi Menakjubkan Dengan Huawei Freebuds 5i Serba Baharu

by Aphit J.
January 28, 2023
Memiliki Rumah Yang Sentiasa Bersih Bukan Lagi Satu Masalah Dengan DreameBot L10s Ultra
Teknologi

Memiliki Rumah Yang Sentiasa Bersih Bukan Lagi Satu Masalah Dengan DreameBot L10s Ultra

by Aphit J.
January 7, 2023
Dari Sisa Sampah Menjadi Tanah Berkualiti. Reencle Cipta Teknologi Alam Kitar Semula
Teknologi

Dari Sisa Sampah Menjadi Tanah Berkualiti. Reencle Cipta Teknologi Alam Kitar Semula

by Haz Haan
December 15, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan