Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Dulu Tular Pakai Tengkolok Bergusti Di AS, Kini Shaukat Bawa Bekas Superstar WWE Di Malaysia

by Phic ARMAN
December 9, 2022
Share on Facebook

Pernah dengar gusti APAC? Ya, kini mereka kembali dengan acara premium pertamanya, RISE! Disokong oleh Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia, APAC Wrestling RISE (Freedom Fighters) dianjurkan bersama oleh TARO Pictures dan dipersembahkan oleh NOAHX.

RISE- Hiburan sukan ini  akan berlangsung bermula esok 10 dan 11 Disember, oleh pemain-pemain hebat bakat tempatan dan juga antarabangsa dari NXT, WWE dan Far East berjuang untuk menjadi orang terakhir yang kekal bertahan sehingga perlawanan di gelanggang berakhir.

VIA Twitter

Shaukat, anak kelahiran Malaysia yang dibesarkan sebagai ahli gusti profesional menjadi tular selepas muncul dalam rancangan TV pro gusti Amerika Syarikat, “Reality of Wrestling ” dengan memakai
tengkolok dan songket telah giat mempromosikan gusti profesional sejak 9 tahun lalu di dalam negara.

YouTube video

Pengasas industri gusti di Malaysia itu ingin menjadikan pro gusti sebagai hiburan arus perdana dan
mesra keluarga – dan membawanya ke Malaysia supaya ia lebih mudah untuk dinikmati oleh peminat
gusti

“Terdapat ramai peminat Pro Wrestling dan WWE di Malaysia, dan menontonnya secara langsung
dalam aksi adalah pengalaman yang berbeza daripada menonton di TV atau di YouTube, dan APAC
Wrestling ingin memberikan pengalaman ini kepada peminat yang tidak dapat menonton dan
menikmati gusti secara langsung seperti di Jepun atau Amerika Syarikat”, tambah lelaki berusia 34
tahun itu.

Saksikan sejarah yang akan dicipta apabila APAC buat julung kalinya akan menobatkan Juara Wanita
Gusti yang pertama dalam pertarungan empat hala antara Srikandi hiburan sukan Malaysia Nor
‘Phoenix’ Diana, joshi Idol Maki Itoh tercinta, Steph De Lander (dahulunya dikenali sebagi Persia Pirotta
WWE NXT) dan juga Yuki Kamifuku.

Ia akan berlangsung di Spacerubix, Puchong, jika masih sempat, anda boleh menempah tiket anda di
premier.ticketcharge.com.my hari ini! Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook APAC Wrestling,

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Shaukatwwe
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  3. 3

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara