Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Alif Muhaimin Minta Bantuan, Rumah Keluarga Terbakar Tiada Insuran

by Arsiqin Yusof
December 14, 2022
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, pelakon Alif Muhaimin berkongsi tentang rumah keluarga yang didiaminya terbakar pada petang Isnin.

Hargai Pertolongan & Doa Orang Ramai

Terbaru hari ini, Aliff tampil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menolong dan mendoakan mereka sekeluarga.

“Masya-Allah, bagi pihak Alif sekeluarga nak cakap terima kasih banyak sangat yang sudi tolong, tak tahu apa yang Alif sekeluarga boleh buat untuk balas budi korang selain daripada mendoakan kesejahteraan untuk korang semua.

“Semoga setiap doa, setiap sen, setiap tenaga yang korang buat ini akan dibalas balik banyak lagi untuk korang. Alif betul-betul mendoakan korang, terima kasih sangat,” tulisnya di Instagram.

Dalam entri berkenaan, Alif memuatnaik video ucapan terima kasih beserta paparan skrin menunjukkan jumlah mesej peribadi (DM) yang banyak diterima daripada rakan taulan dan netizen memberikan sokongan.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Muhaimin (@alipblastoff)

Minta Bantuan, Rumah Tiada Insuran

Dalam pada itu, Alif juga memuat naik kenyataan di Instagram Story memohon orang ramai untuk memberi bantuan ataupun membeli kek batik perniagaannya.

“Rumah kitorang tak ada insurans sebab dah lama habis bayar. Jadi kalau boleh, dapat bantuan. Takpun order kek batik pun okay,” coretnya yang turut disertakan nombor akaun untuk proses derma.

Instagram – Alif Muhaimin

Ada Hikmah

Terdahulu, selain memaklumkan berita duka rumah keluarganya terbakar, Alif juga berkongsi tentang beberapa bingkai dan pinggan hiasan yang ditulis auat suci Al-Quran tidak terkesan dengan kejadian kebakaran tersebut.

“Allahuakbar, saya jadi lagi yakin apabila tiada satu pun ayat atau surah Al-Quran koyak, walaupun gambar kedua boleh nampak aircond atas cair, tapi ayat bawah dia cantik saja.

“Gambar pertama piring Ayat Qursi, jatuh bawah pecah (namun bahagian ayat terselamat), Allah nak yakinkan ada hikmah ni,” kongsinya.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Alif sekeluarga dan memberikan lebih rezeki selepas ini.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Muhaimin (@alipblastoff)

Alif MuhaiminRumah Terbakar
https://lomp.at/9gf8l
Share12Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem