Friday, March 31, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tanah Runtuh Di Father’s Organic Farm, Anwar Ibrahim Beri Peringatan Kepada Menteri

by Puteri Alia
December 16, 2022
via Twitter Anwar Ibrahim

via Twitter Anwar Ibrahim

112
KONGSIAN
Share on Facebook

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm telah menghempap sebuah kawasan tapak perkhemahan berdekatan.

Misi Mencari Dan Menyelamat

Insiden tersebut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan media menerusi muatnaik ciapan di laman Twitter beliau.

“Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.

Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.” Ciap beliau

via Twitter Anwar Ibrahim

Titip Pesan Buat Menteri

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga turut menitip pesan kepada menteri-menteri yang turun ke lokasi kejadian agar tidak mengganggu tugas misi menyelamat.

“Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.” Ciap Perdana Menteri

PM Turun Ke Lokasi

Perdana Menteri juga mendedahkan beliau juga akan turun ke lokasi kejadian pada malam ini dan meminta rakyat Malaysia mendoakan agar misi mencari dan menyelamat dipermudahkan.

“Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini.” Ciap Perdana Menteri lagi

Netizen Beri Cadangan

Melihat kenyataan Anwar Ibrahim di laman Twitter, ramai warganet memberi pandangan dan cadangan berkaitan kejadian malang ini.

“Salam takziah buat keluarga yang terlibat. Bagi meminimakan kejadian ni, elok kerajaan arah tutup semua pusat peranginan perkhemahan ditempat berisiko mulai November sampai Februari.”

“Mungkin dalam sesi Parlimen selepas ni boleh usulkan untuk mempertingkatkan keselamatan di tapak-tapak peranginan terutama di kawasan hutan.”

“Sepatutnya ada pihak tertentu yang melarang sebarang aktiviti perkhemahan dan sebagainya berhampiran kawasan-kawasan yang berisiko tinggi terutamanya pada musim tengkujuh.” Ciap warganet

via Twitter Anwar Ibrahim

“Semoga dipermudahkan semua yang terlibat.”

“Harap pihak berkuasa buat pemeriksaan sepanjang jalan Genting agar tiada tanah yang lembab dalam keadaan bahaya yang akan menyebabkan tanah runtuh.”

“Mohon menteri kalau nak turun juga, tak payah bawa konco-konco. Pantau dan lawat apa yang perlu diberikan bantuan kepada usaha-usaha penyelamatan dan mangsa.” Ciap mereka

via Twitter Anwar Ibrahim

Semoga kerja-kerja misi mencari dan menyelamatkan mangsa tanah runtuh dipermudahkan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER anwar ibrahimBatang Kaligenting highlandPerdana Menteri MalaysiaTanah Runtuh
Share45Tweet28SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Bapa Ira Kazar Yakin Orang Bersabar Banyak Ganjaran -“Kau Buat Hal Pandai Pulak Suruh Orang Lain Sabar”
Lokal

Bapa Ira Kazar Yakin Orang Bersabar Banyak Ganjaran -“Kau Buat Hal Pandai Pulak Suruh Orang Lain Sabar”

by Puteri Alia
March 30, 2023
[VIDEO] Madam Najwa Latif Belanja Lagu ‘Cinta Muka Buku’ -“Lama Tak Dengar Lagu Ni”
Lokal

[VIDEO] Madam Najwa Latif Belanja Lagu ‘Cinta Muka Buku’ -“Lama Tak Dengar Lagu Ni”

by Ameerul K
March 30, 2023
[VIDEO] Gelagat Arif Jiwa Bersahur -“Mahu Puasa Penuh Tahun Ini”
Lokal

[VIDEO] Gelagat Arif Jiwa Bersahur -“Mahu Puasa Penuh Tahun Ini”

by Ameerul K
March 30, 2023
“Lepas Tengok Bilik, Dia Tak Nak Kawan Saya Lagi”- Amelia Henderson Kongsi Cerita Peribadi Zaman Sekolah
Lokal

“Lepas Tengok Bilik, Dia Tak Nak Kawan Saya Lagi”- Amelia Henderson Kongsi Cerita Peribadi Zaman Sekolah

by Ameerul K
March 30, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Mia Sara Disangka Kantoi Berparti & Tak Bertudung? Netizen Bimbang- “Sebab Tu Kena Hati-Hati Memilih Kawan”

  2. 2

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  3. 3

    Gambar Adik Neelofa Tersebar, Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Ameera Khan Jadi Isteri

  4. 4

    Mawar Rashid Umum Nama Terkini Anak Ketiga-“Ya Tukar Nama Sebab….”

  5. 5

    “Kita Yang Miskin, Dia Tak Komen” – Dituduh ‘Selective’, Que Haidar Mohon Maaf Kepada Pengguna TikTok

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan