Sedap dan lembut rupanya kasut FitFlop, langsung tak sakit kaki!
FitFlop iaitu jenama kasut global telah meraikan pelancaran kedai konsep barunya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Sambutan pelancaran itu menandakan satu fasa baru kerana jenama kasut ini menekankan komitmennya pada komuniti peminatnya di Malaysia.
Terletak di tingkat pertama pusat beli-belah, kedai konsep baru tersebut telah direka bentuk khas untuk mencerminkan DNA unik jenamanya. Termasuklah dengan elemen reka bentuk dan penggunaan warna neutral yang dilihat di seluruh ruang kedainya.
Khas untuk bulan Disember, FitFlop telah bekerjasama dengan Max Mak iaitu pereka tempatan. Koleksi AW22 ini menggabungkan rupa yang terdiri daripada warna neutral yang mudah bergaya hingga menyekat warna yang suka bermain dan bersedia untuk pesta di musim percutian.
Sekadar info, pembukaan semula kedai konsep ini bertujuan untuk memberi peluang pada jenama FitFlop memperkenalkan Koleksi Musim Sejuk/Gugur 2022 (AW22). Menerusi koleksi ini, setiap pelanggan FitFlop dapat menikmati pelbagai kasut gaya kasual hingga formal. Dan paling penting, setiap satu rekaan kasut ini sangat berkualiti tinggi, selesa serta tahan lama.
Kalau berminat nak dapatkan satu rekaan daripada Koleksi AW22, kunjungi kedai konsep FitFlop yang terletak di LotF061, Tingkat 1, Mid Valley Megamall. Happy shopping!
Psst… Ketika pelancaran pembukaan kedai konsep FitFlop ini, Miss Murai berjaya mendapatkan satu but dalam rona maroon. Memang ‘sedap’ dan selesa!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.