Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Selepas Isu Viral Libatkan SIRIM, Pengasas Skin Dessert Dakwa Alami Kerugian Jutaan Ringgit

by Arsiqin Yusof
December 22, 2022
Share on Facebook

Pengasas produk Skin Dessert, Zirra Abdullah mengatakan jualan produknya menurun sehingga 60 peratus.

Menurut Zirra, ia adalah susulan kontroversi yang tercetus selepas dia memuat naik foto di hadapan pejabat SIRIM baru-baru ini.

Kesan Terhadap Emosi?

Katanya juga, selain jualan yang turun mendadak, ia juga memberi kesan terhadap emosi dan mental yang telah dialaminya.

“Dalam tempoh dua bulan ini, daripada jualan boleh cecah jutaan ringgit, kini kami cuba mampu catat jualan puluhan ribu ringgit sahaja.

“Selain itu, saya juga mendapat kecaman netizen serta mesej ugutan sehingga ada yang mahu mengancam keselamatan kami,” katanya ketika sidang media yang diadakan di ibu kota semalam.

Sebelum ini, Zirra telah memuat naik sekeping foto dia bersama suami, Mohd Aliff Abd Kadir di hadapan pejabat SIRIM dengan kenyataan mengatakan salah satu produknya, Skin Desert Repairing Moisturiser sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM pada 4 Oktober lalu.

Bagaimanapun, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosial mereka menulis komen dengan memaklumkan SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

Oleh itu, pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap SIRIM setelah komen berkenaan dikatakan (oleh pihaknya) memberi impak negatif kepada perniagaan mereka.

Peguam Beri Kenyataan

Peguam mereka, Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers berkata, kenyataan yang dibuat SIRIM menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum.

“Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama Skin Dessert tidak boleh dipercayai,” katanya.

Menurutnya Nur Nazuha lagi, komen SIRIM itu disifatkan (oleh pihaknya) bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

Jelasnya lagi, ketika ini pihaknya masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut, dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.

“Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum,” katanya lagi.

NOTA: Artikel ini ditulis berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh pihak Skin Dessert ketika sidang media pada 21 Disember 2022 sahaja. Murai MY tidak menunjukkan sokongan berat sebelah kepada mana-mana pihak, namun berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik bagi kedua belah pihak.

https://lomp.at/ms9by
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara