Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Hanya Gurau Minta Sponsor Majlis Resepsi, Abang Viva Mohon Maaf

by Arsiqin Yusof
December 28, 2022
Share on Facebook

Sukarelawan terkenal, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva tampil memohon maaf dan membuat pencerahan tentang posting terdahulunya di Facebook yang meminta tajaan untuk majlis resepsinya bersama isteri pada 31 Disember ini.

Hanya Mahu Memberitahu

Menurut Abang Viva, permintaan tersebut hanyalah berbentuk gurauan dan hanya mahu memberitahu orang ramai tentang majlis yang akan diadakan. Namun ia telah menjadi tumpuan sesetengah pihak dan mengundang kecaman netizen.

“Assalamualaikum, pertama saya minta maaf pasal posting saya yang lepas berkenaan isu sponsor. Kalau tengok betul-betul, itu saya buat teguran, minta semua jangan besarkan isu itu. Niat saya hanyalah untuk memberitahu kepada semua tentang majlis yang akan diadakan.

“Tak disangka banyak admin di page membesarkan isu sponsor sahaja, itu yang dihighlightkan, kalau diikutkan tinggal beberapa hari saja lagi. Jika betul saya nak sponsor saya dah update sebulan lepas.

“Maaf sekali lagi di atas kesalahfahaman semua,” kongsinya di Facebook.

Netizen Kongsi Pendapat

Menjengah ruangan komen di status berkenaan, ramai netizen meninggalkan pendapat berbeza. Ada yang setuju bahawa Abang Viva hanya bergurau, ada juga yang menyarakan untuk dia lebih berhati-hati sebelum menulis sesuatu untuk tatapan umum.

Difahamkan, majlis resepsi Abang Viva dan isteri akan diadakan secara kecil-kecilan di rumah ibu bapanya di Alor Gajah, Melaka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Abang Viva
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara