Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Pereka Fesyen Terkenal, Vivienne Westwood Meninggal Dunia

by Arsiqin Yusof
December 30, 2022
Share on Facebook

Pereka fesyen legenda Dame Vivienne Westwood meninggal dunia pada usia 81 tahun, lapor Astro AWANI.

Menurut satu kenyataan di akaun media sosial rasminya, mendiang meninggal dunia sebentar tadi di Clapham, England dikelilingi ahli keluarganya.

“Vivienne Westwood meninggal dunia hari ini, dengan tenang dan dikelilingi oleh keluarganya, di Clapham, London Selatan.

“Dunia memerlukan insan seperti Vivienne untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik,” tweet butik fesyennya.

View this post on Instagram

A post shared by Vivienne Westwood (@viviennewestwood)

Suami dan rakan kreatifnya Andreas Kronthaler berkata:

“Vivienne akan sentiasa tersemat di hati saya.

“Kami telah bekerja sehingga ke akhir dan dia telah menyediakan segalanya buat saya.

“Terima kasih, sayang,” tulis Kronthaler.

Dame Vivienne mencipta kemasyhuran pada era 1970-an apabila membawa fesyen punk ke arus perdana dengan membuka butik di King’s Road London bersama pengurus Sex Pistols Malcolm McLaren.

Mendiang kemudian menubuhkan jenama fesyen global dengan rangkaian butik yang kini beroperasi di United Kingdom, Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan Asia.

Pereka kelahiran Cheshire juga terkenal kerana berkempen mengenai isu seperti pencemaran dan perubahan iklim, dan menyokong pengasas WikiLeaks Julian Assange.

-AWANI 

Foto: DW

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Vivienne Westwood
https://lomp.at/09ph2
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem