Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Tahniah! Syahadah Menang Kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik, Di Festival Filem Dunia Cannes

by Aphit J.
December 31, 2022
Share on Facebook

Satu kebanggaan pastinya buat seluruh warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila program dokumentari Syahadah terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa dengan mengungguli kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik di Festival Filem Dunia Cannes (CWFF) pada 26 Disember lalu.

Kemenangan Bergandaa

via RTM

Kemenangan berganda apabila episod sama dengan tajuk ‘Hijrah Muhibah’ (Migration Goodwill Malaysia) ini juga terdahulu pada 30 November 2022 turut dijulang sebagai pemenang kategori Dokumentari Pendek Kali Pertama Terbaik di Anugerah Antarabangsa Dokumentari Pendek Bangkok (BKK Short Doc).

Dua kejayaan besar ini tentunya menjadi aspirasi penggerak dalam menjana peluang penciptaan bahan yang bertaraf dunia oleh RTM.

Akan Ditayangkan Semula

Penerbit program Azry Ahmad Mustafa Hadi, berkongsi rasa gembira dapat merakamkan realiti sebenar yang dilalui masyarakat beragama Islam dan Kristian di Lutong, Miri, Sarawak yang mengamalkan semangat muhibah.

Bagi yang belum berkesempatan menyaksikannya, RTM menayangkan semula program ini pada 30 Disember, Jumaat, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV1 serta di TV Okey, pukul 4.30 petang pada 1 Januari depan.

Penghijrahan Seorang Guru Agama

via RTM

Pengisian dokumentari ini tentang penghijrahan jauh beribu batu oleh Mohd Zulkifli Mohd Adnan, seorang guru agama dari Terengganu ke Lutong, Miri, Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Namun penghijrahan sementara ini bertukar menjadikan beliau pemastautin tetap setelah merasai sendiri pengalaman menjalani kehidupan muhibah antara berlainan agama di Lutong, Miri, Sarawak.

Topik Berkaitan "Nawaitu"- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim

Semangat muhibah ini berjaya menambat hati guru agama ini untuk terus tinggal menyumbang tenaga bagi pendidikan agama di sana sehingga kini.

Sekadar makluman, dokumentari ini menjalani penggambaran bermula 14 Februari hingga 17 Februari 2022 selama 4 hari di sekitar Lutong, Bahagian Miri, Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
RTM
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

FAKTA

11 Tahun Berlalu, Miksudiar Masih Trauma: Kes Jaslinda Kembali Ingatkan Tragedi Pos Toho

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Kes kehilangan wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selepas 14 hari sesat di kawasan hutan berhampiran Pos Musoh baru-baru ini kembali...

Read moreDetails
Update

[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao

by Phic ARMAN
June 8, 2026

Sebuah video yang memaparkan detik-detik cemas murid sekolah ketika gempa bumi bermagnitud 6.2 menggegarkan luar pantai Mindanao, Filipina, tular di...

Read moreDetails
Berita

Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1...

Read moreDetails
Berita

Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Dunia seni tanah air sekali lagi menerima berita duka apabila Rozaiman Aziz, anak sulung kepada seniman legenda Allahyarham Datuk Aziz...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara