Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

“Nawaitu”- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim

by Nurul A.
March 1, 2026
Foto - RTM

Foto - RTM

40
KONGSIAN
Share on Facebook

“Nawaitu”, satu kata yang sarat makna. Niat. Tujuan. Arah.

Ramadan sering dikaitkan dengan ibadah ritual namun ‘Nawaitu’ mengajak kita melihat lebih luas bahawa tradisi keilmuan Islam itu sendiri adalah satu bentuk ibadah akal.

Bersempena dengan bulan suci ini, RTM tampil dengan dokumentari bertajuk “Nawaitu”,  sebuah naskhah yang berani memperlahankan rentak lalu mengajak penonton berfikir.

Foto – RTM

Seperti namanya, dokumentari 15 episod ini disusun dengan tekun untuk meneroka transformasi ilmu Islam merentas disiplin daripada Fiqh ke Ilmu Kalam, daripada Falak ke Perubatan, termasuk perpaduan dan seni bina Islam. 

Menerusi episod-episodnya penonton dibawa menyelami bagaimana tokoh dan sarjana Islam dahulu menggabungkan wahyu dan akal dalam membina tamadun. Dalam suasana dunia yang sering memisahkan agama dan sains, dokumentari ini tampil sebagai jambatan.

Foto – RTM

Bagi penonton yang dahagakan kandungan berisi, “Nawaitu” adalah jawapannya. Ia sesuai untuk generasi muda yang mahu memahami warisan intelektual Islam secara lebih sistematik, juga untuk golongan dewasa yang merindui perbincangan berkelas di kaca televisyen. “Nawaitu” bukan sekadar rancangan Ramadan. Ia adalah usaha merakam khazanah pemikiran agar tidak hilang ditelan masa.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siri penuh makna ini sedang bersiaran setiap hari hingga 5 Mac depan, pukul 6.00 petang di TV1 atau strim secara percuma di RTMKlik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dokumentari nawaitunawaituRTM
Share16Tweet10SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara