Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

Tahniah! Syahadah Menang Kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik, Di Festival Filem Dunia Cannes

by Aphit J.
December 31, 2022
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu kebanggaan pastinya buat seluruh warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila program dokumentari Syahadah terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa dengan mengungguli kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik di Festival Filem Dunia Cannes (CWFF) pada 26 Disember lalu.

Kemenangan Bergandaa

via RTM

Kemenangan berganda apabila episod sama dengan tajuk ‘Hijrah Muhibah’ (Migration Goodwill Malaysia) ini juga terdahulu pada 30 November 2022 turut dijulang sebagai pemenang kategori Dokumentari Pendek Kali Pertama Terbaik di Anugerah Antarabangsa Dokumentari Pendek Bangkok (BKK Short Doc).

Dua kejayaan besar ini tentunya menjadi aspirasi penggerak dalam menjana peluang penciptaan bahan yang bertaraf dunia oleh RTM.

Akan Ditayangkan Semula

Penerbit program Azry Ahmad Mustafa Hadi, berkongsi rasa gembira dapat merakamkan realiti sebenar yang dilalui masyarakat beragama Islam dan Kristian di Lutong, Miri, Sarawak yang mengamalkan semangat muhibah.

Bagi yang belum berkesempatan menyaksikannya, RTM menayangkan semula program ini pada 30 Disember, Jumaat, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV1 serta di TV Okey, pukul 4.30 petang pada 1 Januari depan.

Penghijrahan Seorang Guru Agama

via RTM

Pengisian dokumentari ini tentang penghijrahan jauh beribu batu oleh Mohd Zulkifli Mohd Adnan, seorang guru agama dari Terengganu ke Lutong, Miri, Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Namun penghijrahan sementara ini bertukar menjadikan beliau pemastautin tetap setelah merasai sendiri pengalaman menjalani kehidupan muhibah antara berlainan agama di Lutong, Miri, Sarawak.

Semangat muhibah ini berjaya menambat hati guru agama ini untuk terus tinggal menyumbang tenaga bagi pendidikan agama di sana sehingga kini.

Sekadar makluman, dokumentari ini menjalani penggambaran bermula 14 Februari hingga 17 Februari 2022 selama 4 hari di sekitar Lutong, Bahagian Miri, Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Jom Saksikan “Malaysia - Destinasi Kesihatan Asean”, Dokumentari Khas Terbitan RTM
RTM
https://lomp.at/23ttb
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN

Entertainment

“Enjoy Your Stay” Kembali dengan Musim Kedua yang Lebih Menghiburkan

by Aphit J.
July 6, 2025

Drama komedi popular terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Enjoy Your Stay, bakal kembali untuk musim kedua dengan jalan...

Read more
Entertainment

sooka Raikan Ulang Tahun Ke-4 dengan Inovasi dan Ganjaran Menarik

Sempena ulang tahun keempat, platform penstriman popular sooka mengumumkan pelbagai penambahbaikan teknologi, ganjaran pelanggan, dan tawaran eksklusif yang mengukuhkan kedudukannya...

Read more
by Aphit J.
June 29, 2025
Entertainment

BCL: Eternal Love – Timeless Romance: Sebuah Persembahan Cinta yang Dinanti di Kuala Lumpur

Konsert BCL: Eternal Love - Timeless Romance yang dianjurkan oleh Pulse Project Asia akan berlangsung pada 27 September 2025 di...

Read more
by Aphit J.
June 7, 2025
Entertainment

KPOP MASTERZ 2025 Gegarkan Kuala Lumpur: CRAVITY & ATEEZ Hadirkan Malam Penuh Magis

Konsert KPOP MASTERZ 2025 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di Kuala Lumpur, menyaksikan ribuan peminat LUVITY dan ATINY bersorak tanpa...

Read more
by Aphit J.
June 7, 2025
Entertainment

“Dia Bukan Syurga” – Kisah Realiti Cinta Toksik di Astro Ria

Bermula 19 Mei 2025, Astro Ria mempersembahkan drama terbaru berjudul “Dia Bukan Syurga”, sebuah kisah menyentuh hati tentang perjuangan seorang...

Read more
by Aphit J.
May 18, 2025
Entertainment

Jom Sertai Ujibakat! ‘INNOVATHON’ Musim 3 Kembali Mencari Inovator Kreatif

‘INNOVATHON’, rancangan realiti TV hasil kerjasama Astro, Kementerian Ekonomi dan MOSTI, kembali untuk musim ke-3 bermula 10 Jun hingga 5...

Read more
by Aphit J.
May 10, 2025
Entertainment

“Weather Gone Viral” Tayang di RTM: Dokumentari Cuaca Ekstrem Menggugah Emosi Penonton

Mulai 1 Mei ini, dokumentari berbahasa Inggeris bertajuk “Weather Gone Viral” bakal menemui penonton di Radio Televisyen Malaysia (RTM), disiarkan...

Read more
by Aphit J.
May 3, 2025
Entertainment

[REVIEW] GAYONG: Filem Aksi Epik Warisan Melayu Bakal Gegar Pawagam 8 Mei 2025

Bersedia untuk menyaksikan kisah penuh semangat, warisan dan keberanian dalam filem GAYONG, yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 1, 2025
Entertainment

[VIDEO] Shiela Majid Artis Pertama Rasmi Pentas Idea Live Arena — Persembahan Ikonik Menggegarkan Arena!

Legenda tetap legenda! Murai.my berkesempatan menyaksikan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sheila Majid, mencipta sejarah sebagai artis pertama yang secara rasmi...

Read more
by Arsiqin Yusof
April 28, 2025
Entertainment

[VIDEO] ‘Idea Live Arena’ Buka Tirai – Malaysia Dah Ada Tempat Konsert Baru!

Murai.my berpeluang menyaksikan sendiri detik bersejarah apabila Idea Live Arena, arena tertutup terbesar di pusat beli-belah di Malaysia, secara rasmi...

Read more
by Arsiqin Yusof
April 28, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem