Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Ayu Ting Ting, Ashanty, BCL & Ramai Lagi Dalam Kebaya Hijau, Manisnya!

by Soph Azz
January 5, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

‘Sumpah’ nampak mempersona dan manis sangat artis Indonesia ini pakai kebaya, lebih-lebih lagi warna hijau!

Perasan tak warna hijau sama ada cerah atau gelap, secara tak langsung dapat memancarkan lagi seri kecantikan seseorang secara semula jadi. Tak kiralah warna hijau pada pakaian atau aksesori seperti kasut, beg atau barang kemas.

Dan dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan warna hijau pada kebaya artis Indonesia. Kalau kamu lihat, pasti kamu setuju dengan Miss Murai kerana kecantikan mereka nampak naik serinya apabila mengenakan kebaya hijau.

Scroll untuk lihat semuanya…

#1 Isteri Rio Dewanto iaitu Atiqah Hasiholan memilih untuk padukan kebaya hijaunya dengan kain merah yang mempunyai hint coklat. Dan sebagai pelengkap gaya, Atiqah juga melilitkan kain merah di pinggangnya dengan kerongsang besar dalam rona emas. 

Foto – Pinterest

#2 Manakala Ayu Ting Ting memadankan kebaya hijaunya dengan skirt batik bermotifkan tumpal. Tak dilupakan pump heels berona silver yang berkilau untuk naikkan seri gayanya.

#3 Aktres Nabila Syakieb mengenakan midi skirt batik yang dipadukan dengan kebaya hijau pastel yang mempunyai butang timbul. Simple tapi sangat cantik!

Foto – Pinterest

#4 Dian Sastrowardoyo pula mengenakan kebaya brokat hijau dengan perincian leher seakan-akan off shoulder. Tambahkan aksesori seperti rantai mutiara, subang dan kasut tinggi diperincikan dengan motif atau labuci. 

#5 Walaupun berpose tanpa senyuman, Ashanty tetap nampak cantik dalam balutan kebaya yang mempunyai sentuhan adat Bali, yang ditambah aksesori kepala dan pinggang. 

Foto – Pinterest

#6 Kebaya hujau Bunga Citra Lestari pun nampak sangat on point walaupun ringkas. Serinya lebih naik apabila dia mengenakan kerongsang 3 tingkat di bahagian dada serta subang berjuntai. 

#7 Ayu Dewi pula nampak sangat memukau dengan kebaya off shoulder dengan skirt batik yang berona kuning air yang sepadan. Perhatikan perincian di pergelangan tangannya, nampak sangat unik kan? Macam pakai gelang…

Foto – Pinterest

#8 Penyanyi Adhisty Zara pula mengenakan kebaya yang mempunyai perincian yang lebih glamor iaitu juntaian labuci. Cadangan Miss Murai, kamu guna fabrik tulle untuk kesan yang lebih extra tau!

Bagi kamu siapa yang paling nampak cantik berkebaya hijau?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
artis indonesia kebayaashantyayu ting tingbunga citra lestari
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara