Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Tidur Bogel & Menyamar Pakai Tudung! Pasangan Rusia Panjat Merdeka 118 Kongsi Kisah Sebenar

by Phic ARMAN
January 5, 2023
147
KONGSIAN
Share on Facebook

Kira-kira seminggu yang lalu, pasangan dari Rusia telah mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat Malaysia selepas gambar mereka berdiri di atas bangunan tertinggi di Malaysia tersebar dalam talian. Susulan itu, wanita itu kini memutuskan untuk berkongsi ‘perjuangan’ yang dihadapinya ketika mendaki menara itu.

Dalam satu siri tweet, dia mendedahkan bahawa pendakian itu sendiri mengambil masa lebih 36 jam dengan lebih 20 jam dihabiskan untuk bersembunyi di dalam kotak konkrit kecil. Dia memulakan ceritanya dengan menyebut bagaimana dia menempah sebuah apartmen yang menghadap ke Merdeka 118.

VIA Twitter

Dia berkongsi bahawa dia menghabiskan beberapa minggu cuba memikirkan struktur bangunan itu. Selepas itu, dia menyatakan bahawa dia ‘memulakan’ misinya dengan memakai tudung. Dia kemudian menyamar sebagai pekerja binaan dan memanjat bangunan itu.

Via Twitter

“Saya berlari di 32 tingkat pertama dan sehingga saya merasa terlalu panas. Saya terpaksa baring di atas lantai konkrit berbogel untuk menyejukkan diri sedikit. Saya minum semua air yang saya ada”, katanya.

Via Twitter

Dia kemudian mendedahkan bahawa sebaik sahaja dia berasa relaks, dia melihat beberapa pekerja dan tidak mempunyai pilihan selain menyembunyikan dirinya di dalam kotak konkrit kecil. Pekerja tersebut tidak pergi meninggalkan kawasan itu dan dia tidak mempunyai pilihan selain tinggal di dalam kotak konkrit sehingga 25 jam.

Via Twitter

“Saya mengalami kesakitan, dan saya tidak dapat menggerakkan badan saya sama sekali. Saya tidak boleh menangis dan tidak boleh meluruskan kaki saya dan saya tidak mempunyai makanan, air atau tidur”, tambahnya.

Dia kemudian menyebut bahawa apabila pekerja sedang berehat, dia dengan cepat menamatkan pendakian dan berjaya sampai ke tingkat 53.

Dia kemudian menutup bicaranya itu dengan mengatakan bahawa,

“Ia adalah pendakian paling sukar dalam hidup saya, tetapi jika saya boleh melakukannya sekali lagi, saya pasti akan melakukannya. Akhir sekali, saya menghormati undang-undang setiap negara. Walaupun apa yang saya lakukan kadang-kadang menceroboh, saya berhati-hati untuk tidak menyebabkan sebarang apa-apa kerosakan, yang kadang-kadang dilakukan oleh pendaki lain. Matlamat saya adalah untuk mencipta seni yang tidak dapat dilupakan dengan merakam detik-detik bangunan tertinggi di dunia.”

Katanya lagi puncak menara itu sendiri setinggi 53 tingkat dan dia memakai beg galas seberat 15 kg.

“Selepas saya selesai mendaki, saya tidak merasa lengan saya dan tidak dapat mengangkatnya.” katanya lagi.

Apa pendapat anda tentang tindakan mereka memanjat menara Merdeka 118? Wajarkah?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Angela Nikolaumerdeka 118
https://lomp.at/8zgxd
Share59Tweet37SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem