Deepika Padukone dan Shah Rukh Khan menjadi sasaran oleh sesetengah warga India kerana pemakaian bikini dalam treler lagu Besharam Rang.
Mengeluarkan Klip Video Terbaru
Sebelum ini, Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone ada mengeluarkan klip video untuk lagu Besharam Rang di akaun YouTube mereka.
Menurut Intepseleb, Lagu ini kemudiannya akan muncul dalam filem terbaru mereka, Pathaan, yang akan dikeluarkan pada 25 Januari 2023.
Menimbulkan Kontroversi
Bagaimanapun, klip video tersebut sebenarnya menimbulkan kontroversi bagi segelintir warga India.
Ini kerana penampilan dan adegan seksi yang dianggap keterlaluan didakwa merendahkan agama Hindu sehingga beberapa penunjuk perasaan turun ke jalan raya dan membantah Raja Bollywood itu.
Disokong Oleh Menteri Dalan Negeri India
Menurut Intepseleb, tindakan bantahan tersebut turut disokong oleh Menteri Dalam Negeri India, Madhya Pradesh Narottam Mishra yang turut meluahkan rasa terkilannya terhadap lagu romantis itu.
Dalam kenyataannya, dia lebih tertumpu dengan pemakaian bikini Deepika Padukone yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan warga India.
Sekadar maklumat, Deepika Padukone telah muncul buat pertama kalinya apabila berlakon filem bersama Shah Rukh Khan berjudul Om Shanti Om. Kini, kedua-duanya adalah artis India yang terkenal dan berjaya ke persada Hollywood.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.