Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Review: 4 Sebab Kenapa Kamu Akan Jatuh Cinta Dengan Jean Paul Gaultier Scandal!

by Soph Azz
January 9, 2023
Foto - Arkib Miss Murai

Foto - Arkib Miss Murai

73
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau pergi shopping wangian baru, mesti wangian Jean Paul Gaultier Scandal yang tarik perhatian!

Setiap wangian di pasaran boleh jadi berbeza dengan ketara dari segi bau, ketahanan dan gaya. Bagi Miss Murai sendiri; wangian Scandal daripada Jean Paul Gaultier (JPG) ini paling sesuai dan boleh dipakai oleh mana-mana wanita tanpa mengira usia.

Wangian popular yang bertemakan madu lebah ini mengandungi botol yang unik dengan kaki wanita sebagai penutupnya akan menjadi wangian yang paling menonjol di atas meja solek kamu.

Nak tahu apa yang best dan kenapa kamu perlu beli wangian JPG yang ini, baca review Miss Murai di bawah;

Apa Baunya? 

Sebelum review, Miss Murai nak kongsikan dengan kamu apa bau wangian ini. JPG Scandal ini mengandungi beberapa nota bunga dan buah. Pertama sekali wangian ini dibuka dengan bau buah-buahan seperti blood orange dan limau gedang; di mana pada semburan pertama kamu akan bau seperti bubblegum tutti fruitti.

Foto – Pinterest

Walaupun dibuka dengan bau buah-buahan itu, nota utama wangian ini adalah madu; memberikan bauan yang manis seperti karamel dan menyebabkan ketagihan. Antara bauan lain yang terdapat dalam wangian ini adalah;

  • Gardenia
  • Jasmine
  • Pic

Selain bau madu, ada juga nota bunga Gardenia dan Orange Blossom yang menjadikan wangian ini bau yang sesuai untuk dipakai pada siang hari.

Erti kata lain wangian ini dipenuhi dengan hints seperti karamel, patchouli (nilam), licorice dan beeswax. Sangat hangat, manis dan sitrus!

Secara peribadi ini yang Miss Murai rasa…

Setelah mencuba sendiri wangian Scandal, Miss Murai dapati wangian ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai personaliti yang nakal, seksi dan berani. Wangian unik ini secara tidak langsung boleh serlahkan lagi kreativiti dan keunikan si pemakai tau! Tambahan pula, wangian ini juga sesuai dipakai di mana-mana waktu; tak kiralah siang atau malam. Tapi secara peribadinya Miss Murai lebih suka dan syorkan untuk kamu pakai waktu siang. Ini kerana baunya boleh menarik perhatian dengan kepadatan dan keunikannya.

Foto – Arkib Miss Murai

Psst… Ada yang katakan wangian ini paling sesuai dipakai ketika musim sejuk. Bau wangian yang kuat ini boleh menembusi udara sejuk ketika itu dan bau madu serta kayu dapat bangkitkan rasa hangat dan selesa ketika itu.

Selain daripada itu, beberapa sebab lain yang Miss Murai rasakan wangian Scandal ini patut ada dalam koleksi wangian kamu adalah:

Foto – Arkib Miss Murai
  • Botol dicetak dengan perkataan “SCANDAL” dan reka bentuk botolnya tak over. Botol kaca separa bulat ini dilengkapkan dengan penutup logam yang dihiasi kaki wanita dan kasut tinggi yang menghadap ke arah atas.
  • Bentuk botol separa bulat ini mudah dibawa ke mana saja, dan muat untuk diletakkan dalam beg tangan seperti shoulder bag. Paling best, tak mudah tumpah tau!
  • Ketahann baunya pula boleh tahan sehingga 6-8 jam untuk setiap kali penggunaan. Hanya guna sebanyak 1-2 semburan saja, baunya akan tahan sampai malam. Dan selepas mandi pun, Miss Murai masih lagi boleh bau sisa-sisa wangian ini yang melekat pada badan.
  • Dari segi harganya pula, Miss Murai rasakan ia berbaloi untuk dibeli kerana tak terlalu mahal dan masih lagi berada dalam lingkungan yang mampu milik iaitu 50ml (RM366) dan 80ml (RM495)

Secara keseluruhan, Miss Murai memang syorkan untuk kamu dapatkan sekurang-kurangnya satu wangian Scandal oleh Jean Paul Gaultier. Wangian yang tahan lama dan unik ini pasti akan buatkan kamu tidak beralih pada wangian yang lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

jean paul gaultierjean paul gaultier scandal edpjean paul gaultier scandal review
https://lomp.at/6d7p5
Share29Tweet18SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Review: 4 Sebab Kenapa Kamu Akan Jatuh Cinta Dengan Jean Paul Gaultier Scandal!

  4. 4

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  5. 5

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem