Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat?
Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor yang mempengaruhi wajah menjadi berminyak dan tak ramai yang alami situasi begini.
5 Sebab Kenapa Wajah Jadi Berminyak Selepas Bangun Tidur
Bagi mereka yang sering alaminya, faktor dalaman sehinggalah genetik boleh jadi penyebabnya. Jadi dalam entri kali ini, MURAI senaraikan beberapa punca kenapa wajah menjadi berminyak selepas bangun tidur.
1. Perubahan Hormon
Perubahan hormon boleh menjadi punca utama. Bila berlakunya keadaan ini, hormon akan merangsang kalenjar minyak dalam kulit untuk hasilkan lebih banyak minyak. Penghasilkan minyak berlebihan ini boleh dipengaruhi oleh faktor perubahan hormon seperti tekanan, kitaran haid dan juga faktor lain iaitu cuaca lembap.
2. Suhu Bilik Tidur Terlalu Panas
Suhu yang perfect untuk tidur yang nyenyak adalah 18°C sehingga 20°C. Bila tidur dalam suhu bilik yang terlalu panas, ia akan pengaruhi keadaan kulit dan badan di mana kamu akan menjadi berpeluh. Bila badan mengeluarkan peluh, secara automatik wajah akan keluarkan minyak pada masa yang sama.
3. Pakai Skincare Yang Tak Sesuai
Setiap seorang daripada kita akan memiliki jenis kulit yang berbeza. Bagi individu yang memiliki kulit jenis ini, lebih baik kamu elak daripada memakai skincare yang mempunyai bahan hidrasi. Ini kerana bahan tersebut sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit kering.
4. Tak Bersihkan Wajah Sebelum Tidur
Bila balik kerja penat, memang rasa malas nak bersihkan wajah dan terus nak tidur. Malas membersihkan wajah sebelum tidur tak kiralah cuci dengan air sahaja atau tidak, ia akan menyebabkan wajah menjadi lebih berminyak, timbulkan jerawat dan blackhead tau!
5. Rambut Tidak Dibersihkan Dengan Betul
Wajah berminyak selepas bangun tidur juga boleh terjadi disebabkan oleh rambut tidak dibersihkan dengan betul. Kadang kala bila kamu gunakan conditioner dan tak bersihkan dengan betul, sisa-sisanya boleh melekat di wajah ketika tidur. Akibatnya muka menjadi minyak, berjerawat dan keradangan.
Semoga bermanfaat!



