Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Aleeya Zailan Terkesan Dengan Luahan Yusof Haslam- “Ya Allah, Sampai Menangis…”

by Phic ARMAN
January 9, 2023
3.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Masih lagi dengan kisah pernikahan pelakon dan penerbit Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang menjadi bualan netizen beberapa hari ini. Kali ini mengenai video yang memaparkan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam yang mengalirkan air mata semasa temubual bersama Melodi.

Yusof dalam temubual itu mengulas  mengenai perkahwinan anaknya dan ternyata beliau hanya mampu mendoakan yang terbaik dan mahu ‘move on’ dengan apa sudah berlaku.

View this post on Instagram

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Video itu telah mendapat perhatian netizen, malah di kalangan selebriti juga turut merasa sedih. Salah satunya, usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Aleeya Zailan yang menitipkan kata ucapan kepada Yusof Haslam.

Katanya, bukan mudah untuk seorang lelaki untuk menitiskan air mata.

“Ya Allah, sampai menangis seorang ayah, susah orang lelaki nak menitiskan air mata. Semoga Datuk dan Datin dipermudahkan segala urusan dan Allah swt kurniakan anak-anak yang menyenangkan hati. Allahuakbar.”- tulisnya di ruangan komen.

Komen dari Aleeya ini telah mendapat perhatian dari netizen. Rata-rata mereka turut merasa sedih dengan kata-kata yang disampaikan oleh Yusof Haslam.

“@aleeyazailan kannnn kita pun sebak. Bukan senang leleki nk mengalir airmata”- tulis netizen

“@aleeyazailan dah sampai bapak keluar air mata tak tahulah apa nak kata.yg saya tahu anak jgn sampai ibu keluar air mata..bagi bapa tak tahula.”- tambah netizen lain.

Pada Jumaat lalu, Syamsul menerusi video yang dimuat naik di Instagram membuat pengumuman mengesahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan hatinya, Ira Kazar di Thailand pada hari itu.

Majlis akad nikah pasangan itu diwalikan sendiri oleh bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
Syamsul Kembali Ceria, Datuk Yusof Haslam Tak Desak Anak Cari Pasangan Baru!
Aleeya Zailanyusof haslam
https://lomp.at/nbgwm
Share1251Tweet782SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem