Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Jelajah Lucky Truck IKEA, Main & Menang Hadiah Misteri Sempena Tahun Baru Cina!

by Soph Azz
January 10, 2023
Foto - IKEA

Foto - IKEA

28
KONGSIAN
Share on Facebook

Bila tibanya Tahun Baru Cina, ia melambangkan bermulanya tahun kalendar Lunar yang baru. Dalam menyambut kedatangan tahun baru; masyarakat Cina akan melakukan adat seperti membersihkan dan menghias rumah untuk menerima permulaan tahun yang baru.

Dalam semangat pembaharuan dan bergerak ke hadapan, IKEA mengambil peluang ini untuk memberikan penyelesaian dan tips dekorasi secara live menerusi Lucky Truck IKEA.

View this post on Instagram

A post shared by IKEA Malaysia (@ikeamalaysia)

Trak IKEA berwarna merah yang berupa seakan-akan bentuk arnab itu akan mengembara ke beberapa bandar seluruh Malaysia sehingga 15 Januari 2023 seperti:

  • IKEA Damansara (4 Januari 2023)
  • Aeon Kinta City, Ipoh (6 Januari 2023)
  • IKEA Batu Kawan (7 Januari 2023)
  • Depoh Bas Hin, Penang (8 Januari 2023)
  • IKEA Cheras (11 Januari 2023)
  • IKEA Tebrau (13 Januari 2023)
  • Aeon Kulai, Johor (14 Januari 2023)
  • Dataran Pahlawan, Melaka (15 Januari 2023)

Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman dekorasi rumah dengan barangan IKEA secara outdoor, melihat koleksi FÖSSTA sempena Tahun Baru Cina; dan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan sepanjang jelajah ini.

Antara aktiviti dan interaktif yang patut kamu sertai sepanjang jelajah Lucky Truck IKEA ini adalah;

  • Jadi yang terawal; 288 ahli keluarga IKEA pertama yang melawat Lucky Truck boleh menebus pouch angpau edisi terhad (sementara stok masih ada).
  • “Spot the truck, catch the luck” – Kongsikan gambar anda bersama set-up dalaman Lucky Truck dengan tag @ikeamalaysia dan sertakan hashtag #MYIKEALuckyTruck untuk menangi hadiah yang menanti 28 penyertaan paling kreatif.

View this post on Instagram

A post shared by IKEA Malaysia (@ikeamalaysia)

  • Belanja & menang – Dapatkan satu peluang bertuah untuk memenangi hadiah menarik di mesin gashapon (di lokasi IKEA) atau putar roda (lokasi bukan IKEA) dengan sebarang pembelian pada hari yang sama.
  • Imbas & beli belah di mana saja – Dengan “Imbas dan Beli”, semak imbas produk pilihan IKEA kamu dan imbas kod QR untuk membeli. Rasai pengalaman tersebut bila kamu melawat Lucky Truck IKEA.

Psst… IKEA turut menyediakan hidangan seperti nasi daun teratai, kek oren coklat arnab, daging kering barbeku dan banyak lagi. Nikmatinya bila kunjungi IKEA Bistro, Restoran IKEA dan IKEA Swedish Food Market.

Maklumat lanjut mengenai Lucky Truck IKEA, layari [SINI].

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ikeaikea lucky truck
https://lomp.at/v8w5k
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem