Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Anak Tunggal Elvis Presley Juga Bekas Isteri Michael Jackson Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
January 13, 2023
222
KONGSIAN
Share on Facebook

Lisa Marie Presley, penyanyi dan penulis lagu serta anak tunggal kepada mendiang Elvis Presley, meninggal dunia semalam (Khamis waktu AS) selepas dikejarkan ke hospital. Dilaporkan dia meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Berita itu datang beberapa jam selepas dilaporkan bahawa Presley berada dalam keadaan kritikal dan bergantung pada perentak jantung sementara. Berita kematian Lisa Marie Presley disahkan oleh ibunya, Priscilla, yang menemani pemuzik itu ke hospital.

VIA People

“Dengan berat hati saya mahu berkongsi berita yang mendukacitakan bahawa anak perempuan saya yang cantik Lisa Marie telah meninggalkan kami,” kata ibunya, Priscilla Presley, dalam satu kenyataan di TMZ.

“Dia adalah wanita yang paling bersemangat, kuat dan penyayang yang pernah saya kenali.”

Laporan dari TMZ berkata bahawa Lisa juga diberikan epinefrin, yang biasanya dilakukan semasa CPR. Sehingga itu, pasukan paramedik menemui nadi Lisa sebelum akhirnya dibawa ke hospital.

Anak perempuan salah seorang artis paling terkenal dalam sejarah ini mengikuti laluan kerjaya bapanya, Elvis Presley.

Lisa Marie ialah anak tunggal Elvis Presley, hasil perkahwinan Raja Rock and Roll dengan Priscilla Presley.

VIA NBC News

Lisa Marie dilahirkan pada 1 Februari 1968, beberapa tahun sebelum Elvis dan Priscilla bercerai pada 1973. Elvis sendiri meninggal dunia pada 1977 akibat serangan jantung.

Lisa Marie dikenali sebagai pemuzik dan pernah mengeluarkan beberapa album iaitu To Whom It May Concern (2003), Now What (2005), dan Storm & Grace (2012).

VIA US Weekly

Dia berkahwin dengan Danny Keough pada 1988-1994, Michael Jackson pada 1994-1996, Nicolas Cage pada 2002-2004, dan Michael Lockwood pada 2006-2021.

elvis presleylisa marie presleymichael jackson
https://lomp.at/g5olp
Share89Tweet56SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem