Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Penampilan & Kejelitaan Semula Jadi Kavita Sidhu Pukau Netizen- “Kenapa Dia Tak Tua-tua?”

by Puteri Alia
January 17, 2023
via TikTok Kavita Kaur Sidhu

via TikTok Kavita Kaur Sidhu

122
KONGSIAN
Share on Facebook

Kavita Kaur Sindhu nama yang tidak asing dalam dunia peragaan, apatah lagi selebriti jelita ini membuka mata dunia menerusi kecantikan semula jadi yang dimiliki apabila dinobatkan sebagai Miss Charm International pada tahun 1990.

Imbau Kenangan

Menjengah ke akaun TikTok Kavita, selebriti ini memuatnaik video bersama kapsyen pendek. Rakaman yang dikongsikan tersebut memaparkan Kavita menggayakan busana baju kurung dan gaun yang sopan.

Meski video peragaan yang dikongsikan cukup ringkas, namun penampilannya sederhana itu berjaya memukau warganet yang mengenali selebriti ini.

“Looking back !” tulisnya

via TikTok Kavita Kaur Sidhu
via TikTok Kavita Kaur Sidhu
via TikTok Kavita Kaur Sidhu
@kavita_sidhu

Looking back !

♬ original sound – Kavita Sidhu-Guiati – Kavita Sidhu-Guiati

Penampilan Sopan Dan Anggun

Melihat video yang dimuatnaik model dan selebriti jelita ini membuatkan warganet terpegun seketika, mana tidaknya Kavita bukan saja cantik malah penampilan sopan yang digayakan menyerlahkan lagi keperibadian yang sederhana dan juga keanggunan diri.

Murai MY meninjau diruangan komen dan rata-rata ramai warganet terpukau melihat kejelitaan dan kesopanan yang dipamerkan Kavita, dan dalam masa yang sama masih mampu buatkan sesiapa yang memandangnya terpegun tanpa perlu menggayakan fesyen yang terdedah.

“Sentiasa cantik dan sederhana orangnya”

“Sungguh sopan penampilan akak”

“Sopan-sopan baju, Kavita pun dah terserlah cantik tak perlu dedah sana sini” komen mereka

via TikTok Kavita Kaur Sidhu

“Masih cantik dari dulu sampai sekarang, suka sangat”

“Cantik. Dia nampak sangat lawa pakai pakaian tradisional. Hebat”

“Sangat anggun dengan kesopanan” komen mereka lagi

via TikTok Kavita Kaur Sidhu

Kejelitaan Tak Makan Dek Usia

Dalam pada itu, ada juga yang warganet yang memberi komen tentang kecantikan Kavita yang tak makan dek usia walaupun kini selebriti serba boleh ini sudah berusia 51 tahun.

“Dulu masa sekolah suka tengok dia. Sekarang umur aku dah 43. Kenapa dia tak tua-tua”

“Cantiknya dia, dari aku sekolah menengah sampai sekarang dia sama je tak berubah-ubah mukanya”

“Dari dulu memang cun” komen mereka

via TikTok Kavita Kaur Sidhu

“Zaman pontianak sundal malam masih muda. Ni dah kenapa muda lagi. Mesti lupa cop tarikh luput ni. Cantik, suka sangat”

“Kavita ni masa aku darjah 4, dia muda macam ni. Aku dah 30 series pun dia masih muda macam ni juga”

“Satu lagi pontianak. Dia tak pernah tua” komen mereka lagi

via TikTok Kavita Kaur Sidhu

Umur dah masuk 50 seperti ini pun, masih nampak macam zaman ratu cantik era 90an. Memang tak makan dek usia Kavita ni!

Sekadar info, Kavita bukan saja dikenali sebagai peragawati terkenal malah selebriti ini turut menerokai dunia lakonan, penerbitan filem, pereka fesyen dan juga menjadi usahawan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kavita Sidhu
https://lomp.at/tgjyj
Share49Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem