Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Tular Video Bayi Naik Jet Ski, Pakar Kata Boleh Kena Shaken Baby Syndrome?

by Soph Azz
January 17, 2023
Foto - @riaricis1795 (IG)

Foto - @riaricis1795 (IG)

19
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau kamu sendiri, berani tak ambil risiko?

Sekitar awal tahun lalu, pasangan YouTuber; Ria Ricis dan Teuku Ryan menjadi tular gara-gara berkongsi video mereka bersama anaknya, Moana. Menerusi video tersebut, pasangan ini telah membawa bayi berusia lima bulan melakukan aktiviti ekstrem iaitu menaiki jet ski dan juga ATV.

Mendapatkan kritikan masyarakat, ramai yang menyatakan betapa bahayanya aktiviti ekstrem tersebut pada bayi. Tambahan pula, ketika lakukan aktiviti tersebut Moana tidak dipakaikan sebarang jaket keselamatan.

Bukan itu saja, kebanyakan pakar kanak-kanak turut menyatakan kembimbangan mereka iaitu Moana berisiko mendapat shaken baby syndrome. Adakah kamu tahu apa itu shaken baby syndrome? Mari Miss Murai kongsikan apa bahayanya…

Kenali Shaken Baby Syndrome 

Shaken baby syndrome (SBS) adalah sebahagian daripada penderaan yang melibatkan kecederaan otak yang serius, yang berlaku pada bayi atau kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun apabila digoncang dengan kuat. Kesannya, ia membunuh sel-sel otak dan menghalang oksigen daripada sampai ke otak.

Foto – Wiley Online Library

Apabila bayi digoncang kuat di bahagian bahu, lengan atau kaki, ia boleh menyebabkan:

  • Ketidakupayaan pembelajaran
  • Gangguan tingkah laku
  • Masalah penglihatan atau buta
  • Masalah pendengaran dan pertuturan
  • Sawan
  • Celebral palsy
  • Kecederaan otak yang serius
  • Hilang upaya kekal
  • Maut

Selain itu menggoncang bayi atau kanak-kanak juga boleh menyebabkan kecederaan lain seperti kerosakan pada leher, tulang belakang dan juga mata.

Simptom 

Simptom shaken baby syndrome boleh terjadi berbeza-beza, dari ringan hingga teruk seperti:

Foto – Medline Plus
  • Kejang dan sawan
  • Perubahan dalam tingkah laku
  • Kelesuan, mengantuk dan tidak ceria
  • Hilang kesedaran atau penglihatan
  • Tidak bernafas
  • Kulit pucat atau kebiruan
  • Pemakanan tidak betul atau kurang selera makan
  • Muntah
  • Lumpuh atau koma

Bagi sesetengah kes, kecederaan fizikal mungkin tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jadi ketika berjumpa dengan doktor, patah tulang rusuk adalah perkara biasa dan boleh dilihat melalui x-ray. Pada masa yang sama, doktor mungkin akan mendiagnosis jika mendapati berlakunya pendarahan di belakang mata bayi (detasmen retina).

Bagaimana Nak Elak SSB Daripada Berlaku?

Bagi bakal atau mana-mana ibu bapa sekali pun, SSB boleh dielak dan dikurangkan risikonya menerusi;

https://www.instagram.com/p/Cm5tEUhBRZk/?hl=en

  • Jangan goncang badan mereka ketika bermain atau marah. Malah goncangan lembut boleh jadi goncangan kuat apabila marah.
  • Jangan pegang bayi semasa pertengkaran.
  • Sekiranya kamu marah dengan bayi, tinggalkan bayi dalam katil dan keluar dari bilik. Cuba tenangkan diri.
  • Hubungi keluarga atau upah pembantu untuk bantu jaga anak jika kamu berasa tak terkawal.
  • Dapatkan bantuan kaunselor atau hadiri kelas keibubapaan.

Sekiranya kamu mendapati berlakunya tanda-tanda penderaan SSB, sama adaahli keluarga atau orang terdekat, laporkan pada pada Jabatan Kebajikan Masyarakat [SINI].

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ria ricisshaken baby syndrometeuku ryan
https://lomp.at/rzldg
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem