• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kalau You Gajikan Bini Itu Wajar” – Sajat Titip Pesan Makan Dalam Buat Para Suami?

by Puteri Alia
January 19, 2023
via TikTok SajatNur

via TikTok SajatNur

Share on Facebook

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat mencuri tumpuan warganet terutama dikalangan kaum hawa di media sosial baru-baru ini kerana memberi pesanan yang ditujukan untuk golongan suami.

‘Dia Tipu Benda Tu Wajar’

Video yang dimuatnaik di akaun @sajatperempuanfuh di TikTok, memaparkan rakaman Sajat berkongsi pandangannya berkaitan isu wanita menipu suami.

Menurut Sajat juga hal seperti ini berlaku secara tidak langsung menunjukan bahawa golongan suami tidak pandai menjaga keperluan isteri.

“Perempuan tipu, kalau dia tipu benda tu wajar sebab you tak pandai menjaga wanita. Itu je.” Ujarnya

Berdasarkan pendapat yang diberikan Sajat, bagi pandangannya wanita menipu disebabkan perkara asas yang selalunya berkaitan untuk penjagaan diri dan kecantikan.

“Kalau tipu tu, kalau benda-benda yang basic basic tu okay. Contoh dia kata beli barang tu seratus tapi dia claim dua ratus.

Kalau seratus tu mungkinlah dia nak pergi, dia beli barang-barang kecantikan maskara ke bedak ke apa ke. Itu normal nyah, normal.” Ujarnya lagi

via TikTok SajatNur
via TikTok SajatNur

‘Takkan Dia Nak Pakai Tepung Ubi’

Menurut Sajat juga, meski kaum hawa menipu suami untuk mendapatkan wang belanja lebih untuk membeli barang kecantikan diri. Namun apa yang dilakukan oleh kaum hawa adalah untuk suami mereka sendiri dan bukan untuk orang lain.

“Bukan untuk siapa bedak tu, nak tatap muka engkau juga. Takkan dah hari-hari, takkan dia nak pakai tepung ubi kot ha. Kau letak tepung ubi, tepung jagung ha.

Kau ingat apa? Kau ingat perempuan ni tak ada harapan ke nak cantik ha? Bibir tu letak sirap ke ha nak merah tu? Ha sirap ros tu. Ha macam tu kau nak buat lip matte, pakai ni sirap ros?” Katanya

via TikTok SajatNur

‘Tu Pun Nak Kedekut Dengan Bini’

Sajat juga menyelar sikap segelintir suami yang kedekut dengan isteri mereka sendiri disebabkan hal sebegini, sedangan banyak pengorbanan yang dilakukan oleh wanita untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami mereka.

“Takkan nak pakai tepung ubi nyah? Kau biar betul. Kalau benda tu pun nak kedekut dengan bini, bukannya orang lain pun bini engkau kot.

Kau tahu tak dialah yang buat full servis kat rumah, dialah masak, dialah membasuh, dialah jaga makan kau. Apa semua ini ke, apa ke.

Dia bagi segala-galanya. Faham tak? So janganlah mempertikaikan, kalau you gajikan bini tu. Itu wajar sebab you adalah suami.” Katanya lagi

@sajatperempuanfuh

PESANAN SAJAT BUAT PARA SUAMI DI MALAYSIA #sajat #nursajat #fyp #fypシ #foryou #viral #fypシ゚viral

♬ original sound – SajatNur – SajatNur

Kaum Hawa Setuju Dengan Sajat

Melihat muatnaik tersebut, rata-rata ramai warganet dikalangan kaum hawa memberi komen dengan menyatakan bahawa mereka sependapat dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh usahawan kosmetik ini dan menganggap Sajat seorang yang memahami.

via TikTok SajatNur
via TikTok SajatNur
via TikTok SajatNur

Apa pandangan anda tentang isu ini?

nur sajatPengorbanan IsteriRumahtanggaSuami Kedekut
https://lomp.at/uz53b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
Foto - @beto_kusyairy (IG)
Lokal

Beto Kusyairy Gesa Individu Segera Langsaikan Hutang- “Janjinya Esok Lusa Langsai”

by Nurul A.
January 12, 2026

Ramai yang terkejut selepas pelakon versatil, Beto Kusyairy tampil memberi teguran secara terbuka kepada individu yang masih gagal melunaskan hutang....

Read moreDetails
Lokal

Raja Atiq Kesal Ada Syarikat Terkenal Masih ‘Delay Payment’-“Macam Ni Ke Artis Lain Kena?..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Raja Atiq meluahkan rasa kesal terhadap salah satu syarikat  terkenal di Malaysia yang didakwa bersikap melengah-lengahkan untuk menjelaskan bayaran...

Read moreDetails
Korea

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing

by Phic ARMAN
January 3, 2026

Kalau anda peminat K-pop mesti tak lepaskan berita ini, Kim Ji-soo dan Kim Taehyung sekali lagi buat dunia hiburan gempar!...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (IG)
Lokal

Individu Mahu Taja Umrah Percuma, Kamal Adli Terharu Tapi Terpaksa Tolak Kerana…

by Nurul A.
December 26, 2025

Pelakon Kamal Adli baru-baru ini mencuri perhatian ramai orang apabila seorang pengguna platform Threads, @kapten.travel, secara terbukanya menawarkan tajaan penuh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  4. 4

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore