Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

by Phic ARMAN
February 20, 2026
1.5k
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular baru-baru ini, ada dakwaan bahawa jika berbuka di Park Hyatt Kuala Lumpur di Menara Merdeka 118, waktu berbuka sedikit “lewat” berbanding jam menunjukkan Maghrib. Ada yang mula bertanya-tanya, betul ke dakwaan ini, atau sekadar cakap-cakap orang ramai?

Bagaimana Ketinggian Mempengaruhi Waktu Matahari

Sebenarnya, fenomena ini ada logiknya. Dalam ilmu falak, ketinggian lokasi daripada aras laut boleh mempengaruhi masa terbenam matahari, dan seterusnya waktu Maghrib. Secara mudah, seseorang yang berada di tanah tinggi akan melihat matahari terbit lebih awal dan terbenam lebih lewat berbanding mereka yang berada di tanah rata. Semakin tinggi tempat itu, perbezaan antara ufuk yang kita nampak dan ufuk sebenar jadi semakin jelas.

Kajian Falak di Bukit Jugra

Kajian ringkas dibuat selepas ada aduan berkaitan waktu Maghrib di Baitulhilal Bukit Jugra oleh ahli Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor. Penelitian mendapati bahawa matahari terbenam di puncak Bukit Jugra sedikit lebih lewat berbanding waktu Maghrib sebenar. Data waktu solat di lokasi itu kemudiannya dibandingkan dengan jadual rasmi Zon 3 Negeri Selangor bagi daerah Klang dan Kuala Langat.

Hasil Kajian JUFFAS

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Fatwa and Falak Selangor (JUFFAS), peneliti menggunakan aplikasi JAKIM untuk mengira waktu Maghrib sepanjang tahun 2025 pada dua ketinggian berbeza, iaitu 0 meter dan 146 meter dari aras laut. Hasilnya menunjukkan bahawa di ketinggian rendah, waktu Maghrib kadang-kadang lebih awal satu hingga dua minit berbanding jadual rasmi. Di ketinggian 146 meter pula, ada hari Maghrib berlaku lebih awal, ada juga yang lebih lewat satu hingga dua minit. Maksudnya, di tempat tinggi, beberapa minit perbezaan ini boleh wujud semata-mata kerana faktor astronomi.

Topik Berkaitan Village Grocer Kini Hadir Di Merdeka 118!

Reaksi Netizen

Tapi, tidak semua orang bersetuju. Seorang netizen menulis,

“Arahan mufti mana ni? Lewat berbuka 3 minit.. Menara PNB terletak di KL ikut waktu wilayah KL lah. Simple.”

Komen ini jelas menunjukkan bahawa ramai masih ragu-ragu, terutama bila bercakap soal dakwaan berbuka di hotel tinggi seperti Menara Merdeka 118.

Kesimpulannya, kajian ini memberi gambaran bahawa Park Hyatt Kuala Lumpur, yang terletak di Menara Merdeka 118, mungkin benar waktu berbukanya sedikit berbeza daripada jadual standard. Perbezaan beberapa minit ini bukan kerana jam atau takwim salah, tetapi berpunca daripada ketinggian dan pandangan terhadap matahari. Kajian ini hanyalah penyelidikan, bukan arahan rasmi, tapi ia memberi perspektif bagaimana faktor ketinggian boleh mempengaruhi waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa secara praktikal.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
merdeka 118Park Hyatt Kuala Lumpur
Share613Tweet383SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara