Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Makan Chia Seed Setiap Hari, Ini Yang Berlaku Pada Badan Kamu

by Lisa Ghani
January 26, 2023
Foto - Times of India

Foto - Times of India

639
KONGSIAN
Share on Facebook

Apabila disediakan dengan betul, chia seed boleh meningkatkan kesihatan pencernaan kamu, meningkatkan metabolisme dan menggalakkan penurunan berat badan.

Satu sebab utama orang makan chia seed adalah kerana ia sangat berkhasiat.

Chia see kaya dengan serat, protein, asid lemak omega-3, antioksidan dan mikronutrien. Ia boleh membantu penurunan berat badan dan membantu mengurangkan keradangan, kolesterol darah dan trigliserida.

Foto – Medical News Today

Dipetik dari The Health Site, penyelidikan juga menunjukkan bahawa chia seed boleh menggalakkan kesihatan jantung, membantu merawat diabetes, mencegah penuaan pramatang, mempunyai keupayaan untuk kanser serviks dan payudara, dan menguatkan tulang.

Tapi berbalik pada persoalan di atas, kalau kita mengambilnya setiap hari untuk sarapan. Ada sebarang kesan sampingan yang berlaku pada kesihatan?

Alasan #1

Chia seed adalah sumber serat yang baik. Walaubagaimanapun, terlalu banyak serat boleh menyebabkan masalah bagi sesetengah orang. Menurut Healthline, pengambilan serat yang berlebihan boleh menyebabkan masalah seperti sakit perut, sembelit, cirit-birit, kembung perut dan gas.

Alasan #2

Walaupun ia selamat untuk kebanyakan orang, chia seed boleh menyebabkan peningkatan risiko tercekik. Chia seed mempunyai potensi untuk menjadi tidak selamat, kerana ia mudah membengkak dan tersangkut di kerongkong.

Foto – Cleveland Clinic

Sentiasa pastikan kamu merendam chia seed selama sekurang-kurangnya 5-10 minit sebelum kamu memakannya. Mereka yang mengalami kesukaran menelan mungkin perlu lebih berhati-hati apabila memakannya.

Alasan #3

Sesetengah orang mungkin mengalami reaksi alahan selepas makan chia seed, walaupun ini jarang berlaku. Gejala alahan makanan mungkin termasuk muntah, cirit-birit dan gatal-gatal pada bibir atau lidah.

Dalam kes yang teruk, alahan makanan malah boleh menyebabkan anaphylaxis, keadaan yang mengancam nyawa yang menyebabkan kesukaran bernafas dan sesak di tekak dan dada.

Alasan #4

Beberapa kajian menunjukkan bahawa chia seed boleh menurunkan paras gula darah dengan ketara. Ini mungkin disebabkan oleh jumlah serat yang tinggi dalam chia seed, yang melambatkan penyerapan gula dalam darah dan boleh menurunkan paras gula dalam darah.

Dalam kebanyakan kes, makan chia seed dalam kuantiti yang sederhana boleh membantu penghidap diabetes mengekalkan paras gula dalam darah mereka.

Foto – Pinterest

Kesimpulannya, chia seed sangat berkhasiat dan boleh menjadi tambahan diet yang sihat untuk kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, kesederhanaan adalah kunci, kerana makan terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan.

What’s your Reaction?
+1
6
+1
3
+1
2
+1
1
+1
2
+1
2
chia seedkebaikan chia seed
https://lomp.at/pac0f
Share256Tweet160SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem