Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Peminat Siti Nurhaliza Minta Maaf, Tak Sensitif Panggil ‘Kel*ng’ Di Konsert Ar Rahman

by Puteri Alia
January 30, 2023
401
KONGSIAN
Share on Facebook

Kemeriahan di konsert Ar Rahman masih menjadi bualan panas dikalangan warganet, apatah lagi penyanyi dan komposer muzik tersohor itu menjemput penyanyi kebanggaan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu segmen untuk bernyanyi duet bersama penyanyi India, Haricharan.

Tak Tahu Hormat

Suasana dan kemeriahan di konsert berkenaan, banyak dikongsikan dalam bentuk rakaman video dan juga gambar di media sosial.

Namun salah seorang peminat Siti Nurhaliza yang hadir ke konsert Ar Rahman, telah memuatnaik sebuah hantaran berserta kapsyen ringkas di Insta Story nya.

“Pening dengar lagu keling, nak lagu nustey tolong.. Menunggu tokti ni..” Tulisnya

Muatnaik berkenaan kemudiannya tular dan mendapat respon dan reaksi kurang enak di laman Twitter baru-baru ini.

“Saya tertanya-tanya bagaimana seseorang menggelar dirinya peminat Dato CT, sedangkan dia tak tahu rasa hormat yang asas. Lagu keling??? Betul ke??” – @Sun_sun_sunmoon

“Sibuk nak masuk konsert yang tak sebangsa dengan dia. Pastu kata pening.” – @ucubongsu

“Menjijikan.” – @adiannet

“Saya sebagai seorang melayu sentiasa menghormati yang lain. Saya malu, kenapa dia berkata begitu. Saya juga ada kawan cina dan india. Kami selalu menghormati antara satu sama yang lain.” – @rakyatbeshe

via Twitter Sundhari

‘Tiada Niat Walau Sebesar Zarah Untuk Menghina’

Tidak menyangka muatnaik semasa di konsert berkenaan mencetuskan respon kurang manis dan perdebatan panas di media sosial.

Pemilik hantaran berkenaan yang dikenali sebagai Fatin Amyra Lee, kemudiannya memuatnaik kenyataan permohonan maaf di Insta Story atas penggunaan perkataan yang di tulis dalam muatnaik sebelum ini.

“Assalamualaikum dan salah sejahtera semua, berkaitan dengan 1 Insta Story yang akak muatnaik semalam tentang penggunaan perkataan “k”, ianya adalah dari kesilapan dan kekurangan serta kekhilafan akak sendiri kerana peka dan teliti dengan perkataan terbabit.

Tiada niat walau sebesar zarah untuk menghina mana-mana kawan-kawan berbangsa India.” Jelasnya

Dakwa Mungkin Teruja Hadiri Konsert Gergasi

Wanita ini juga dalam kenyataannya menegaskan muatnaik tersebut tiada unsur penghinaan dan mendakwa kelakuannya itu mungkin disebabkan berasa terlalu teruja menghadiri konsert sebesar itu.

“Akak menegaskan sekali lagi, tiada unsur-unsur penghinaan, mungkin kerana terlalu teruja kerana itulah kali pertama akak hadir dalam sebuah konsert gergasi.

Kadang-kadang bila perasaan menguasai diri, terus lupa akal yang sepatutnya mengawal kata dan tulisan.” Jelasnya lagi

via Instagram Fatin Amyra Lee

Mengakhiri coretannya, wanita sekali lagi memohon maaf kepada seluruh rakan berbangsa India sambil menitipkan pesan agar semua rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati serta menghormati bangsa yang lain.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Usik Bella Astillah & Syed Saddiq, Curi Perhatian Ramai!
What’s your Reaction?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
11
Dato Sri Siti NurhalizaFatin Amyra LeeHaricharanKelingKonsert Ar Rahman
https://lomp.at/5ai20
Share160Tweet100SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem