Tuesday, July 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes Bajet

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Tawar Hadiah Lumayan

by Phic ARMAN
January 30, 2023
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini melancarkan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Impiana Kuala Lumpur City Center Hotel.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar (tengah) bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi (kiri) dan Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid (kanan) meletakkan tapak tangan sebagai simbolik Pelancaran Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023

PTPTN sentiasa komited untuk menggalakkan amalan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Usaha ini selari dengan Teras Pertama dalam Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 untuk menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia. Justeru itu, Kempen Cabutan
WOW! Simpan SSPN 2023 yang merupakan kempen promosi tahunan yang diteruskan lagi pada tahun ini untuk mengalakkan penabungan dan sebagai penghargaan kepada
pendeposit Simpan SSPN.

Ahmad Dasuki Abdul Majid (kanan), Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar (tengah) dan Dato’ Dr. Mohd Zabri bin Yusoff (kiri) bergambar bersama replika Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.

Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM500,000 menanti 138 orang pemenang. Cabutan kali ini terdiri daripada Cabutan Tahunan dan lima (5) Cabutan Siri seperti berikut:

Pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap RM100 bagi Simpan SSPN Prime yang disimpan dalam tempoh kempen akan layak satu (1) cabutan dan RM50 bagi Simpan SSPN Plus pula akan layak dua (2) cabutan secara automatik.

Lebih menarik lagi, kempen kali ini turut memberi kelebihan bilangan cabutan berganda kepada pengguna aplikasi mobile app myPTPTN. Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan RM100 melalui myPTPTN, akan mendapat bilangan cabutan sebanyak lima (5) cabutan, manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan RM50 melalui myPTPTN akan mendapat sepuluh (10) cabutan.

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berperanan dalam memupuk budaya menabung bermula pada tahun 2004 dengan menyediakan instrumen simpanan melalui Simpan SSPN. Simpan SSPN terus berada dilandasan yang kukuh sebagai produk simpanan yang berdaya saing dan setanding dengan produk simpanan lain di pasaran dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat yang disediakan.

Sehingga 31 Disember 2022, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM14.24 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 5.73 juta. Pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat secara dalam talian dengan lebih mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi mobile app myPTPTN.

Dato’ Dr. Mohd Zabri bin YusoffDato’ Seri Abdul Razak bin JaafarEncik Ahmad Dasuki Abdul MajidPTPTNSSPN
https://lomp.at/sij3n
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Bajet

Buat Pertama Kali PRISM+ Hadir Dengan TV QLED 4K, Tak Sangka Harga Tak Mahal!

by Phic ARMAN
May 16, 2023

PRISM+, hari ini mengumumkan penambahan terbaharu kepada barisan TV premiumnya. PRISM+ Q-Series Ultra yang serba baharu menampilkan Paparan QLED 4K...

Read more
via Lazada
Bajet

Jom Sertai Lazada 5.5 Jualan Kasih Berganda Sempena Hari Ibu, Hari Guru dan Sambutan Syawal!

Lazada 5.5 Jualan Kasih Berganda akan bermula pada 5 – 9 Mei 2023, dengan membawakan ribuan promosi menarik! Penjimatan Hebat!...

Read more
by Aphit J.
April 29, 2023
Istana Hirado
Bajet

Pernah Tak Anda Terbayang Menginap Di Istana & Kuil Di Jepun?

Di negara Jepun, penginapan di istana dan kuil telah meningkat dalam populariti sebagai pengalaman istimewa yang membolehkan pelancong antarabangsa untuk...

Read more
by Phic ARMAN
April 24, 2023
Bajet

Orang Muda Kena Pandai Urus Kewangan? Apa Tipsnya?

Bagi anak muda yang mula menginjak usia 21 tahun ke atas, inilah masanya untuk anda belajar membuat keputusan sendiri dan...

Read more
by Rory Kim
December 8, 2022
Bajet

Paywave Atau Pin? Mana Lebih Selamat?

Pernahkah anda mengalami situasi di mana juruwang meminta anda menggunakan paywave atau pin semasa anda ingin membuat pembayaran di kaunter?...

Read more
by Rory Kim
December 6, 2022
Bajet

5 Kesalahan Kewangan Anak Muda Yang Patut Elakkan

Menurut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000 dalam akaun kecemasan...

Read more
by Haz Haan
December 6, 2022
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem