Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

by Phic ARMAN
February 3, 2023
618
KONGSIAN
Share on Facebook

Peminat terharu dengan perkongsian pelakon Fikry Ibrahim setelah memuat naik video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi. Apa yang peminat kagum ialah  Fikry dilihat tidak kekok menguruskan ibunya yang berusia 74 tahun. Malah Fikry dilihat menyiapkan ibunya sebelum keluar bersiar-siar.

Tinjauan kami diruangan komen, ada yang memberitahu ibu pelakon itu sudah tidak berapa berdaya untuk berjalan dan pernah diserang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu.

LANGKAWI TRIP pic.twitter.com/lLeqOyhh11

— FIKRY IBRAHIM (@AfikryAibrahim) February 1, 2023

Dalam video tersebut, Fikry menyiapkan ibunya dengan memakaikan gincu dan bedak pada wajah sekaligus membuatkan hati netizen tersentuh. Perkongsian Fikry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi serta memuji aktor itu yang menyantuni ibu tercinta.

Pelakon dan hos TV popular Janna Nick juga berkongsi video ini di laman Instagram nya.

Mungkin artis berusia 27 tahun ini agak rapat dengan Fikry dalam industri hiburan sehinggakan tahu keperibadian anak jati Kedah ini. Janna mendedahkan Fikry sememangnya anak yang baik, dan  memuji sikap Fikry yang sentiasa mengutamakan ibunya dari hal-hal yang berkaitan dengan kerja.

“Dia ni memang sungguh anak yang baik, Sanggup tolak semua job-job sebab nak jaga mak. Kita pula sedih tengok video ni- tulis Janna di IG storiesnya.

Sehingga kini, video yang dimuatnaik di laman twitter itu telah mendapat lebih dari 270k tontonan. Rata-rata netizen turut mendoakan syurga buat Fikry kerana berbakti kepada orang tuanya dan dipermudahkan urusan.


What’s your Reaction?
+1
7
+1
7
+1
0
+1
0
+1
1
+1
3
[VIDEO] Janna Nick Perjelas Isu 'Hina' Fazura, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
fikry ibrahimjanna nick
https://lomp.at/ow5bh
Share247Tweet155SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem