Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Terkejut Tengok Sosej Dari Zus Coffee Dah Berkulat, Pelanggan Seriau- “Nasib Tak Tumbuh Cendawan Guys”

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Share on Facebook

Tahun lalu, Zus Coffee pernah menjadi viral kerana menghidangkan kek berkulat kepada pelanggannya, dan kali ini, sejarah berulang lagi. Baru-baru ini, seorang pelanggan berkongsi pengalaman ngerinya melalui catatan Facebooknya dan mendedahkan apa yang berlaku semasa dia ke ke salah satu kedai Zus Coffee di Malaysia.

Berdasarkan resit yang ditunjuk, dia memesan 2 minuman dan 2 pastri pada 28 Januari yang berharga hampir RM40. Salah satu pastri, Firecracker Chicken Sausage Roll berharga RM10.28 dan tak sangka ia telahpun berkulat. Anak lelakinya telah makan sebahagian daripada roti sosej, namun mendapati daging telah berkulat.

VIA Facebook Keabadian Cinte

Mujur dia masih berada di kedai dan segera berjumpa dengan salah seorang kakitangan dan memberitahu mereka tentang keadaan itu. Tanpa membuang masa, kakitangan segera mengeluarkan keseluruhan dulang roti sosej dari dulang dan membuang pastri yang busuk.

VIA Facebook Keabadian Cinte

Adakah Zus memberi pampasan kepada pelanggan?

Walaupun dia tidak dibayar balik untuk pastri busuk, keluarga itu mendapat pampasan dalam bentuk baucar.

“Ia adalah baucar beli 1 percuma 1,” kata si suami.

Wanita itu berkata, niatnya bukanlah untuk mendapatkan perhatian orang ramai, tetapi sekadar untuk mendapatkan haknya sebagai pengguna, serta menyebarkan kesedaran tentang kebersihan dan penyediaan makanan.

Beliau turut mengingatkan pengusaha makanan di luar sana supaya tidak mengambil mudah perkara ini.

“Kamu harus berwaspada tentang perkara ini. Ia berbahaya, terutamanya kepada mereka yang mempunyai perut sensitif,” katanya lagi

Ketika berita ini ditulis (3 Februari), Zus Coffee masih belum memberi maklum balas mengenai perkara itu.

“Ini bukan kali pertama, Zus Coffee”

Perkara itu juga telah tersebar di Twitter, dan beberapa rakyat Malaysia yang pernah mengunjungi Zus Coffee berkongsi pengalaman serupa mereka di kedai yang berbeza.

Topik Berkaitan Zus Coffee Beri Kenyataan Rasmi Isu Staf Disimbah Kopi-"Laporan Polis Telah Dibuat.."

Untuk info, jika tidak sengaja makan makanan yang berkulat, ia  sangat berbahaya kepada kesihatan pengguna. Apapun, kami berharap ini dapat menjadi peringatan kepada semua pengusaha makanan di luar sana agar lebih berwaspada dalam menghidangkan makanan kepada pelanggan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
zus coffee
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kimpton Naluria KL
Selera

Kimpton Naluria KL Perkenal Set Hadiah Pertengahan Musim Luruh Yang Pertama

by Nurul A.
August 4, 2026

Kimpton Naluria Kuala Lumpur (KL) mengalu-alukan Festival Pertengahan Musim Luruh sulungnya dengan pelancaran Celestial Duality 星月之境 (xīng yuè zhī jìng)....

Read moreDetails
Foto - Sunshine Bakeries
Selera

Sunshine Bakeries Perkenal Siri Dorayaki Baharu Dengan Inti Durian Musang King

by Nurul A.
July 4, 2026

Lembut, gebu dan digemari oleh pelbagai generasi, Dorayaki telah lama menjadi antara snek paling ikonik dari Jepun dan kini Sunshine...

Read moreDetails
Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Foto - Ashhryshoshedap
Selera

Konsep Mediterranean Santorini, Ashhryshoshedap Kini Di R&F Johor Bahru

by Nurul A.
July 24, 2026

Selepas hampir lima tahun membina jenama dalam industri makanan dan minuman, pempengaruh serta usahawan, Ashhry Atan, terus mengorak langkah apabila...

Read moreDetails
Foto - Ralph's Coffee
Selera

Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

by Nurul A.
July 18, 2026

Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, yang melambangkan refleksi, kesyukuran dan kebersamaan, Ralph’s Coffee mempersembahkan kotak hadiah kek bulan edisi khas...

Read moreDetails
Foto - Secret Recipe
Selera

Detik Matcha Anda Bermula di Secret Recipe

by Nurul A.
June 17, 2026

Bersandarkan kecintaan yang semakin meningkat terhadap matcha ini, Secret Recipe menjadi tumpuan utama dengan Siri Matcha yang menarik. Ia menandakan...

Read moreDetails
LifeXplore

Demam Mala Sampai Genting! 5 Menu Pedas Padu Ini Buat Ramai Terliur

by Phic ARMAN
June 25, 2026

Kalau anda peminat tegar mala, ada satu sebab baharu untuk naik ke Genting Highlands. Resorts World Genting (RWG) kini tampil...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  3. 3

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara