Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Saksikan ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ Secara Langsung Di Astro Pada 6 Februari

by Aphit J.
February 4, 2023
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelanggan Astro boleh menyaksikan ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ secara langsung pada 6 Februari, bermula 8 pagi, dengan siaran ulangan pada hari yang sama, jam 9 malam menerusi TV di SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) dan Astro GO.

Anugerah Muzik Terbesar

via Ampliance

GRAMMY, antara anugerah muzik terbesar, akan dihoskan oleh pengacara TV dan pelawak Trevor Noah, di Crypto.com Arena, Los Angeles.

Peminat boleh menantikan persembahan hebat daripada calon-calon anugerah GRAMMY dan ikon industri termasuk Harry Styles, Bad Bunny, Lizzo, Sam Smith, Mary J. Blige, Kim Petras, Luke Combs, Steve Lacy, Brandi Carlile dan ramai lagi.

Terdiri Dari Ikon Bersejarah

Calon-calon ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ terdiri daripada ikon-ikon bersejarah dengan kedudukan carta muzik teratas seperti Beyoncé (9 pencalonan); Adele (7 pencalonan); ABBA (4 pencalonan); BTS (3 pencalonan); Machine Gun Kelly (1 pencalonan) dan lebih lagi.

Peminat boleh menikmati ramalan pemenang untuk 91 anugerah dengan kategori-kategori baharu termasuk ‘Songwriter of the Year, Non-Classical’; ‘Best Alternative Music Performance’; ‘Best Americana Performance’; ‘Best Score Soundtrack for Video Games and Other Interactive Media’; and ‘Best Spoken Word Poetry Album’.

Memberi Penghormatan

via New Today

Sebagai tambahan, ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ akan memberi penghormatan kepada sebahagian daripada komuniti kreatif yang telah pergi meninggalkan kita pada tahun ini.

Segmen ‘In Memoriam’ akan menampilkan barisan bintang terhebat termasuk Kacey Musgraves mempersembahkan “Coal Miner’s Daughter”, tanda penghormatan kepada Loretta Lynn; manakala Sheryl Crow, Mick Fleetwood dan Bonnie Raitt memberi penghormatan kepada Christine McVie dengan “Songbird”; dan Maverick City Music menyertai Quavo dengan lagu “Without You” untuk mengingati kehidupan dan legasi Takeoff.

Anugerah Grammy 2023the grammy
https://lomp.at/dd5ed
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem