Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Habis Berbelanja Puluhan Ribu, Pemilik ChocoAlbab Angkut Lima Bas Rai Ejen Di Singapura

by Phic ARMAN
February 7, 2023
Share on Facebook

Pelbagai cara dipraktik dan dilaksanakan mana-mana syarikat untuk menghargai pekerja atau ejennya. Hal sama terjadi kepada syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab yang tak ketinggalan menghargai ejen dan stokisnya ke Singapura pada 3 hingga 4 Februari lalu.

Kembara dua hari satu malam itu menyaksikan syarikat berkenaan membawa rombongan seramai 200 orang tulang belakang jenama berkenaan berkunjung ke negara republik itu menaiki lima bas. Menurut Pengasasnya, Said Saiful Fazli, pihaknya tidak lokek berbelanja lebih puluhan ribu meraikan tulang belakang kekuatan empayar perniagaan kerana sedar golongan berkenaan umpama aset utama.

Said Saiful Fazli seronok dan teruja menghabiskan waktu di Singapura bersama 200 ejen ChocoAlbab
Said Saiful Fazli seronok dan teruja menghabiskan waktu di Singapura bersama 200 ejen ChocoAlbab

“Hanya jual coklat ChocoAlbab mereka diraikan dan dihargai dengan pelbagai insentif. Selain melancong, kita tawarkan bonus, tabung kereta dan perumahan kepada ejen.

“Ini bukan kali pertama kita tawarkan kembara percutian dengan menghargai pencapaian mereka melalui. Sebaliknya sebelum ini mereka pernah dibawa beriadah ke Sunway Lagoon dan menaiki kapal ke Singapura.

“Insya-Allah perancangan mendatang nak bawa mereka ke Club Med Cherating, Pahang dan hujung tahun terbang ke Dubai,” kata Said.

Said menambah percutian ke Singapura kali ini diukur berdasarkan kemampuan meraih jualan RM7,000 ke atas dalam masa dua bulan.

“Ia dinilai dari bulan Oktober hingga November tahun lalu. Sistem pemilihan juga sangat adil kerana bukan hanya ketua (leader) saja dibuka peluang. Sebaliknya ‘dropship’ pun layak turut serta dengan kesungguhan menaikkan jualan.

“Jujur percutian kali ini biarpun singkat, ia terus merapatkan silaturahim. Ejen, stokis dan ‘dropship’ perlu dihargai kerana mereka penentu kejayaan syarikat. Mereka yang berhempas pulas buat jualan untuk syarikat, jadi tak salah hargai yang komited dan dedikasi.

“Kembara kali ini juga macam ‘rombongan Cik Kiah’. Bayangkan lima bas, memang riuh dan huru-hara jadinya. Antara tempat dilawati termasuk Universal Studios Singapore (USS), Sentosa Island, Garden By The Bay, Mustafa Center, Merlion Park, Marina Bay dan lapangan terbang Changi,” kata Said.

Said menambah ketika ini jenama syarikat yang popular di kalangan artis dan Tiktoker itu diperkasakan dengan 10,000 ejen berdaftar.

“Malah, kita baharu bayar bonus sebulan kepada ribuan ejen dengan angka bernilai lebih RM500,000. Bonus itu dibayar untuk bulan Januari lalu.

“Malahan untuk banyakkan lagi variasi jenis produk demi membantu ejen menambah pendapatan, kita baharu lancar edisi choco tub Belgian Dark Chocolate. Sebelum itu, kita tambah Mini Choco Dorayaki dan Belgian Chocolate Cookies.

“Terdahulu sejak dilancarkan April 2021, kita sudah ada tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch. Malah kini, produk dijual di hampir 7000 premis kedai runcit dan makan di Malaysia termasuk di stesen minyak terpilih,” kata Said.

Sementara itu, Zacrul Islam yang juga ejen dari Sungai Petani, Kedah tidak menyangka dapat turut menyertai percutian ke Singapura baru-baru ini.

“Memang tak sangka, baru beberapa bulan saya jadi ejen jual coklat, sudah berpeluang kembara sana sini.

“Saya beruntung kerana ada 51 orang di bawah bimbingan saya dapat terus dibantu. Malah ada antara mereka juga berpeluang ke Singapura. Sebelum ini banyak bisnes saya ceburi, tapi jarang ada insentif seperti ini. Nak bercuti dalam negara pun belum tentu, apatah lagi luar negara.

“Namun tidak di ChocoAlbab, hampir setiap empat bulan sekali akan ada trip dalam dan luar negara. Memang pengalaman ‘best’. ‘Income’ besar, dapat bercuti ‘free’ lagi. Malah yang penting pemilihan itu adil, bukan yang leader sahaja. Tapi semua yang usaha walaupun di bawah pun dapat ‘reward’. Ia sangat adil,” kata Zacrul.

https://lomp.at/ogccl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara