Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Hadiah Untuk Pengantin Baru Versi 2023, Ini Yang Paling Sesuai Sekali!

by Soph Azz
February 8, 2023
Foto - Facebook

Foto - Facebook

134
KONGSIAN
Share on Facebook

Hmm… Nak beli hadiah apa ye?

Apabila berkunjung ke kenduri kahwin, kalau boleh bila kita bawa hadiah itu menjadi satu-satunya hadiah yang diberikan kepada pengantin. Iyalah siapa je yang nak hadiahnya sama dengan orang, buatkan pengantin mendapat hadiah yang sama berulang kali, kan?

Dan daripada asyik berikan hadiah hiasan rumah, apa kata kamu ubah corak pemberian hadiah dengan belikan ini pula…

#1 Vakum 

Paling mudah, hadiahkan saja vakum pada pengantin. Tak kisahlah vakum tangan, wireless atau ada wayar. Semuanya berguna untuk pengantin masuk ke rumah baru nanti.

Foto – Shopee

(Airbot Hypersonics Pro Smart Cordless Vacuum Cleaner | Airbot Dust Mite Vacuum Cleaner UV Disinfection CM900)

#2 Perabot 

Jika kamu mempunyai bajet yang lebih, boleh saja hadiahkan perabot pada pengantin. Beli sahaja DIY perabot yang dijual di IKEA, Shopee atau pun Lazada seperti rak kasut, set meja makan, rak baju atau rak kasut.

Foto – IKEA / Shopee

(IKEA SANDSBERG/ADDE | Single Double Pole Strong Steel Cloth Rack)

#3 Baucer hadiah 

Tak perlu fikir banyak atau runsing memilih hadiah, kamu boleh hadiahkan saja baucer hadiah pada si pengantin. Tak kiralah IKEA, Parkson, AEON atau Lotus, baucer hadiah yang kamu setkan jumlahnya ini ternyata sangat berguna kerana pengantin boleh top-up barangan rumah yang mereka tiada.

Foto – Pinterest

Sekiranya kamu tidak mahu memberikan baucer hadiah, boleh juga berikan wang ringgit sebagai pengganti.

#4 Perkakas dapur 

Nampak macam ketinggalan zaman atau tak moden, sebenarnya perkakas dapur adalah antara hadiah yang paling berguna. Shopping sahaja dalam talian atau di kedai, sekarang ini ada bermacam-macam reka bentuk perkakas dapur dan warna tau!

Foto – Shopee

(Carote Eight Mile Place Cookware Set Handle Removable | 12pcs Silicone Non-Stick Heat Resistant)

#5 Hamper makanan

Sangat mudah dan tak pening kepala, kamu juga boleh jadikan hamper makanan sebagai hadiah kahwin. Beli sahaja atau pesan hamper yang mempunyai makanan asas untuk pasangan yang baru berkahwin.

Foto – Facebook

#6 Peralatan elektronik

Kalau dulu-dulu, ramai orang suka hadiahkan mixer dan pembakar roti pada pengantin. Tapi bila zaman sudah berubah, Miss Murai ada nampak ramai juga yang hadiahkan peralatan elektronik yang canggih dan berguna pada pengantin. Antaranya adalah:

Foto – SenQ / Shopee

(Samsung 7kg Washing Machine | Toshiba Jug Kettle)

  • Mesin basuh
  • Water dispenser 
  • Cerek elektrik
  • Oven atau microwave
  • Seterika
  • Peti sejuk
  • Periuk nasi
  • Blender 
  • Air fryer 
  • Waffle maker 
  • Mesin pembuat kopi atau teh

#7 Set pinggan mangkuk 

Mungkin ada yang rasa seperti mak cik-mak cik bila hadiahkan set pinggan mangkuk. Tapi percayalah kebanyakan pengantin baru akan terlepas pandang dan lupa untuk membeli set pinggan mangkuk apabila berpindah masuk ke rumah baru.

Foto – Shopee / IKEA

(BO.EN Malachite Green Luxury Set Ceramic Tableware | IKEA BEHAGFULL)

Tak kisahlah murah atau mahal, asalkan pengantin boleh guna dalam jangka masa yang lama. Jangan lupa juga untuk beli set kutleri ye.

#8 Kelengkapan bilik tidur

Kamu juga boleh pertimbangkan untuk beri barang kelengkapan bilik tidur. Barang-barang ini sangat berguna, sesuai dan berbaloi untuk pengantin. Antara barangan kelengkapan tidur yang boleh kamu beli adalah:

Foto – Kapas Living

(TENCEL™ Duvet Covers | Down Feather Pillow)

  • Set cadar katil
  • Langsir
  • Bantal
  • Selimut
  • Katil
  • Tilam
  • Set mandian

Atau pun, kamu boleh tanya terus pada pengantin apa yang mereka perlukan. Lebih mudah dan menjimatkan masa!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
hadiah kahwinhadiah pengantin baru
https://lomp.at/nhir6
Share54Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem