Datin Che Puan Norjuma Habib Nafi Hilangkan Diri, – “Dah Ada Duit Banyak, Apa Maknanya Nak Bermedia Sosial”

2.7k
KONGSIAN

Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed baru-baru ini dilihat ditembual bersama media dan telah di muatnaik di laman TikTok Majalah Nona. Dalam video berdurasi hampir 4 minit itu, Norjuma memberikan penjelasan eksklusif tentang status dan empayar tudungnya. Beliau ditemui dalam sebuah majlis beramah mesra Datin Che’ Puan Norjuma bersama media.

Ditanya ke manakah menghilang, bekas isteri kepada Datuk Mohamed Nazim Razak itu menafikan dia menghilangkan diri. Menurutnya lagi dia tiada apa-apa media sosial kerana tidak berbakat untuk menggunakannya. Malah katanya dia dah ada duit banyak dan kaya dan tak perlu terkejar-kejar meraih populariti di media sosial.

“Saya tak hilang ke mana-mana. Pertama sebab saya selalu kena ‘hentak’ polis, kedua sebab saya sedang belajar industri (perniagaan) ini yang saya usahakan selama 13 tahun. Kami telah mencapai hasil penjualan hampir separuh billion ringgit. Apa maknanya untuk saya berkejar-kejar bersosial media, ke hulu ke hilir. Duit dah banyak-banyak, saya rasa saya dah lalui semuanya.”

Kata bekas personaliti TV3 ini, dia memerlukan masa untuk dirinya sendiri berfikir dan menumpukan perhatian kepada orang yang tersayang.

“Memang saya perlukan masa sendiri. Memang saya ambil masa 2 hingga 3 tahun ini untuk berehat dan berfikir. Pada masa yang sama yang menumpukan perhatian kepada keluarga. Kepada insan-insan yang saya cintai.”- ujarnya.

Norjuma menambah, kini dia bersedia untuk memberi sesuatu yang baru kepada pelanggannya dalam menghasilkan koleksi rekaan terbaharu hasil ciptaannya sendiri,

“Tapi sekarang saya dah bersedia untuk memberikan ‘refresh’ kepada semua orang dengan menghasilkan rekaan terbaharu ciptaan saya sendiri”- katanya sebagai penutup bicara.

Sekadar info, Norjuma merupakan pemilik kepada jenama tudung popular Aidijuma. Jenama ini cukup popular dengan fesyen tudung bawal dan mendapat perhatian dan disukai ramai. Setiap rekaan coraknya pula hanya dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dan setiap minggu pasti akan ada rekaan baru diperkenalkan telah membuatkan tudung bawal Aidijuma menjadi begitu ekslusif dan sukar diciplak.

@nona.my

Penjelasan eksklusif tentang status dan empayar tudungnya ketika majlis beramah mesra Datin Che’ Puan Norjuma bersama media. Nantikan video penuh tidak lama lagi. #majalahnona #norjuma

♬ original sound – NONA – NONA


+1
2
+1
1
+1
8
+1
2
+1
4
+1
5

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN