Saturday, May 27, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Wanita Kalau Nak Cantik Jangan Sesekali Biasakan Tabiat Ini Sebelum Tidur!

by Soph Azz
February 10, 2023
Foto - Ball State Daily News

Foto - Ball State Daily News

555
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam sedar atau pun tidak, setiap seorang daripada kita ada tabiat buruk masing-masing yang sering diamalkan sebelum tidur. Walaupun ada yang anggap tabiat ini tidak jejaskan kecantikan mereka, tetapi dalam jangka masa yang panjang kamu boleh lihat kesannya.

Sama ada pemakaian bra, alat solek hingga ke penjagaan rambut, Miss Murai kongsikan beberapa tabiat buruk sebelum tidur yang perlu kamu elak. Itu pun kalau kamu nak nampak cantik, flawless serta glowing selepas bangun tidur dan sepanjang hari!

#1 Rambut basah? A big no!

Kadang kala memang malas nak tunggu rambut kering terutamanya ketika nak tidur. Sekadar info untuk kamu, tidur dengan rambut yang basah boleh buatkan sistem imun kamu jadi lemah hingga jadinya selesema atau demam.

Foto – Expert Home Tips

Malah tidur dengan rambut basah juga boleh sebabkan bakteria dan kulat membiak pada kulit kepala dan sarung bantal. Akhinya jadilah kerengsaan pada kulit dan juga jerawat.

#2 Tidur dengan rambut diikat 

Mungkin ada yang rasa rimas bila rambut tidak diikat ketika tidur. Iyalah selalunya rambut akan berterbangan di atas wajah bila terkena angin kipas atau aircond. Tapi kalau nak tahu, ikat rambu ketika tidur boleh sebabkan kerosakan fizikal yang teruk pada otot dan kulit seperti rambut gugur, kusut, hujung rambut jadi bercabang dan keriting yang tidak sihat.

#3 Tidur dengan telefon pintar

Buat yang tidak tahu, telefon pintar (atau telefon bimbit) kita ada sinaran isyarat penghantar kira-kira 900MHz.

Foto- ABC

Jadi bila letak telefon pintar di tepi bantal, dalam genggaman tangan atau pun betul di sebelah telinga di atas bantal, ia boleh menyebabkan sakit kepala yang melampau, sakit otot dan juga masalah kesihatan yang lain. Bahaya tau!

#4 Malas cuci mekap sebelum tidur 

Ada masanya kita akan rasa malas sangat nak cuci mekap pada waktu malam kerana rasa letih atau mengantuk. Tabiat ini sebenarnya tak elok dan perlu dielakkan! Tak cuci mekap sebelum tidur boleh tinggalkan sel kulit mati dan buatkan wajah nampak sangat kusam. Bukan itu saja, pori-pori pun boleh tersumbat dan menyebabkan jerawat naik.

#5 Jangan sesekali pakai bra ketika tidur 

Seelok-eloknya sebelum tidur jangan pakai bra ye! Ini kerana bra boleh menyekat saluran darah ke payudara dan kawasan sekitarnya ketika kita tidur hingga menyebabkan kita rasa sakit lengan atau kebas.

Foto – Real Simple

Bukan itu saja, bra juga boleh buatkan bahagian badan kamu bergesel antara satu sama lain dan terjadinya ruam serta kerengsaan teruk.

Dah tahu kan tabiat buruk apa yang boleh jejaskan kecantikan kamu? Jadi… Selamat beramal!

What’s your Reaction?
+1
13
+1
5
+1
0
+1
1
+1
2
+1
1
+1
3

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER cara jadi cantikrutin kecantikan sebelum tidurtips cantik
Share222Tweet139SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Facebook
Kecantikan

“Macam Vampire, Tak Pernah Tua”- Datin Sofia Jane Maintain Cantik Dengan Amalkan…

by Soph Azz
May 25, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kecoh Pengacara Suka Berpantun Langgan Pelacur Dan Mak Nyah, Netizen Boleh Teka Siapa Dia -“2 3 Kucing Berlari, Mari Kita Cari…”

  2. 2

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

  3. 3

    Shila Dituduh Tidak Matang Kerana Update Status Putus Cinta, Ubai Mohon Orang Ramai Faham Perangai Bekas Kekasih Ketika Sedih

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Suasana Rumah Mewah Marsha Milan!

  5. 5

    Azhar Sulaiman Makan Di Restoran Makanan Cina, Ada Yang Persoal Status Halal?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan