Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Selepas 19 Tahun, Maksim Mrvica Kembali Semula Ke Kuala Lumpur Buat Persembahan Solonya

by Phic ARMAN
February 13, 2023
46
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica bersiap sedia untuk membuat persembahan solonya di Malaysia pada esok hari pada 14 Februari. Bermula pada jam 8:00 malam, lelaki berasal dari Croatia berusia 47 tahun itu akan bersama-sama dengan peminatnya di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kali terakhir mengadakan persembahan di Malaysia pada tahun 2004 di Stadium Bukit Jalil dan mengejutkan orang ramai dengan satu jam tambahan muzik klasik berunsur elektro-pop.

View this post on Instagram

A post shared by Maksim Mrvica Official (@maksimmrvicaofficial)

Pagi tadi (13 Februari 2023) Maksim sempat mengadakan sidang media di Grand Hyatt Kuala Lumpur sempena konsertnya berjudul MAKSIM The COLLECTION.  Pemain piano luar biasa yang pernah merangkul anugerah di Anugerah Muzik MTV sempat berkongsi pengalamannya di Malaysia dan mengakui negara ini sangat indah dengan warna-warni  budaya yang menarik.

Maksim juga berkongsi persediaan dan rutin penjagaan diri yang diamalkan bagi memastikan jari-jemarinya dalam keadaan baik sebelum membuat persembahan bermain piano esok. Katanya, dia sentiasa menggunakan krim tangan beberapa kali sehari untuk merawatnya. Malah dia  sering ke pusat kecergasan dan lebih gemar berenang.

” Ya, saya akan sentiasa menggunakan krim tangan untuk merawat kulit. Selain itu saya gemar ke gym dan berenang merupakan salah satu aktiviti yang saya suka kerana ia boleh buatkan otot-otot saya lebih relaks”- kataya kepada media.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dilahirkan di Croatia, Maksim merupakan antara pemain piano ‘classical crossover’ terkenal di dunia. Selepas memperoleh tempat pertama di Pertandingan Piano Rubinstein di Perancis, beliau berpendidikan di The Franz Liszt Academy of Music, Budapest dan Alexander Scriabin Conservatoire, Paris. Kontrak pertama beliau bersama label rakaman EMI menyaksikan rilisan album ‘Piano Player’ yang mencatat jualan lebih 4 juta keping. Beliau turut menerima Platinum Ganda di Hong Kong serta status emas di Singapura dan negara-negara lain.

Dapatkan tiket anda sekarang di tsasia.sales.ticketsearch.com atau hubungi +60175320128 melalui WhatsApp. Untuk maklumat lanjut, ikuti @HarmonieInternational di Facebook.

Maksim
https://lomp.at/398ph
Share18Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

by Aphit J.
July 12, 2025

Semua sedia maklum bahawa semenjak dua menjak ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyyan sering...

Read more
Lokal

Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai Konsert – Beri Gambaran Artis Legenda Yang Serangnya

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Musik

Hadir Dengan Nama Pentas Baru, SAMSOL Lancar Single Solo Pertama “BORAK”

SAMSOL, nama pentas baharu bagi Sam, vokalis utama kumpulan pop punk terkenal Malaysia, Bunkface, kini tampil berani sebagai artis solo...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert, Nama Amy Search, Awie dan Ella Jadi Bualan Netizen

Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Dalam suasana penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rindu...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tiada siapa menyangka, di sebalik senyuman dan momen indah yang pernah dikongsi bersama, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

Comelnya hubungan mak dan anak ini! Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)
Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Musik

Refresh Page Sampai Bini Dah Bersalin? Peminat MCR Kecewa

Pagi tadi sepatutnya jadi pagi yang gembira untuk peminat tegar My Chemical Romance (MCR). Yalah, dah lama tunggu mereka kembali...

Read more
by Phic ARMAN
July 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  5. 5

    Ini Reaksi P Diddy Setelah Terlepas dari Dakwaan Perdagangan S*ks

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem