Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Hartawan Hong Kong Joseph Lau Lelong 76 Beg Tangan Hermès. Rupanya Untuk Tujuan Ini…

by Lisa Ghani
February 14, 2023
Foto - Bloomberg

Foto - Bloomberg

30
KONGSIAN
Share on Facebook

Hartawan Hong Kong, Joseph Lau melelong berpuluh-puluh koleksi beg tangan mewah. Terdapat 77 beg bernilai keseluruhan USD 3.2 juta. Joseph Lau melelong begnya dalam talian melalui agensi lelongan Sotheby. Koleksi beg mewah terdiri daripada satu beg Chanel dan 76 beg Hermès.

Dipetik daripada South China Morning Post, walaupun dia telah melelong sejumlah beg tangan tetapi isteri dan ahli keluarga yang lain masih mempunyai lebih daripada 1,000 beg Hermès dalam koleksi mereka.

Foto – Hermès Bleu Jean Shiny Porosus Crocodile Birkin 25

Salah satu beg Hermès yang dilelong ialah Bleu Jean Shiny Porosus Crocodile Birkin 25 yang dikeluarkan pada 2006. Beg yang dhiasi dengan emas putih 18 karat dan berlian itu dijual pada harga USD 190,000. Terdapat juga koleksi beg Hermès edisi terhad oleh Jean-Paul Gaultier, yang berkhidmat sebagai pengarah kreatif jenama itu dari 2004 hingga 2010.

Menurut sumber rapat, hartawan 71 tahun itu telah membeli lebih daripada 1,500 beg tangan Hermès selama ini. Beg tangan tersebut diberi kepada ibunya, dua adik perempuan, ahli keluarga lain, teman wanita dan rakan wanita sebagai tanda penghargaan.

Foto – Bloomberg

“Kebanyakan beg tangan ini sangat jarang ditemui dengan gaya dan warna yang cantik. Ada yang bertatahkan berlian dan platinum serta diperbuat daripada kulit buaya yang berharga. Mereka boleh digelar pengumpul Hermès bertaraf dunia.”

Sebahagian hasil lelongan akan didermakan kepada badan amal. Dilaporkan, Joseph Lau akan melelong lagi koleksi beg tangan pada bulan Julai 2023.

Beg Hermès Birkin adalah antara yang paling mahal di dunia. Malah dikenali dengan senarai menunggu yang panjang dan lama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Hermesjoseph lausothebys
https://lomp.at/h9ze0
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem