Friday, July 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Bakal Dominasi Dunia Fesyen? Kenali Lila Moss, Anak Perempuan Kate Moss Yang Menghidap Diabetes

by Lisa Ghani
February 15, 2023
Foto - Vogue

Foto - Vogue

33
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya Lila Moss semakin mantap membina nama dalam industri fesyen. Mengikuti jejak langkah ibunya, Kate Moss untuk menjadi model, Lila kini bergelar duta jenama YSL.

Baru berusia 20 tahun, wajah Lila akan menghiasi kempen beberapa produk ikonik YSL Beauty seperti All Hours Foundation, Rouge Volupté Lipstick, Lash Clash Mascara dan Rouge Volupté Candy Glaze Lip Gloss.

Foto – Vogue

YSL Beauty memilih Lila Moss sebagai duta jenama kerana sikapnya yang yakin. Dia juga mempunyai deria fesyen yang unik yang merupakan manifestasi keperibadian gaya dalam generasinya.

Mula karier usia remaja

Lila Moss memulakan kerjaya sebagai model pada usia 14 tahun pada 2016, apabila dia dan Kate Moss bergambar bersama untuk majalah Vogue Italia.

Foto – Vogue

Selepas itu, kerjayanya mula berkembang pesat dalam dunia fesyen. Buat pertama kali, dia berjalan untuk koleksi Versace pada September 2021 di Minggu Fesyen Milan, menjadi model jenama Fendi, Marc Jacobs Beauty dan Ermanno Scervino. Malah, berjaya menjadi muka depan British Vogue.

Foto – Vogue

Tahun lepas saja, Lila menjadi tumpuan di Anugerah Fesyen 2022. Di mana, dia mencetus perhatian kerana dicalonkan anugerah ‘Model of the Year’, tetapi telah dimenangi oleh Bella Hadid.

Siapa sangka dia disahkan menghidap diabetes

Dipetik daripada Dailymail, Lila mendedahkan keadaannya menerusi video Youtube Vogue In The Bag. Dalam segmen tersebut, Lila berkongsi barangan yang ada dalam beg tangannya. Salah satunya, dia membawa tablet gula serta alat insulin untuk mengawal paras gula dalam darah bersamanya pada setiap masa.

YouTube video

“Saya rasa tidak ramai yang tahu bahawa saya menghidap diabetes. Ia tidak kelihatan dari luar, jadi tiada siapa yang benar-benar tahu.”

Nota – Diabetes jenis 1 menyebabkan paras glukosa (gula) dalam darah menjadi terlalu tinggi. Ia berlaku apabila badan kamu tidak dapat menghasilkan cukup hormon yang dipanggil insulin, yang mengawal glukosa darah. Kamu memerlukan suntikan insulin setiap hari untuk memastikan tahap glukosa darah terkawal.

diabeteskate mossLila Moss
https://lomp.at/gdios
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

Terokai Gaya Harian Bersama UNIQLO x ANYA HINDMARCH

by Naddy Joe
July 11, 2025

Terokai cara anda menggayakan item UNIQLO x ANYA HINDMARCH kegemaran anda dengan tip daripada perekanya sendiri! Kini tersedia secara dalam...

Read more
Fesyen

[VIDEO] KLFW 2025 Kini Kembali Dengan Lebih Besar & Menyerlah!

Kembali dengan lebih besar dan menyerlah, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week, KLFW) sekali lagi berganding tenaga bersama...

Read more
by Naddy Joe
July 10, 2025
Fesyen

Fabindia Rai Sedekad di Malaysia: Menganyam Tradisi, Menjunjung Warisan

Langkah pertama kami ke Royale Chulan Kuala Lumpur petang itu sudah cukup membuatkan hati teruja. Warna-warna terang, tekstil mewah dan...

Read more
by Phic ARMAN
June 30, 2025
Bisnes

UNIQLO & Taylor’s International School Puchong Jalani Kempen Kutipan Pakaian Terpakaian Untuk Belia Pelarian

Peruncit pakaian global, UNIQLO berkolaborasi dengan Taylor's International School Puchong, dalam satu outreach program yang direka untuk mencetuskan penglibatan belia...

Read more
by Naddy Joe
June 26, 2025
Bisnes

[VIDEO] Selepas 10 Tahun, Siti Khadijah Perkenalkan Telekung Rekaan Baharu

Kami di MURAI berpeluang hadir ke pelancaran reka bentuk muka terbaharu dari jenama telekung terkenal, Siti Khadijah, yang berlangsung di...

Read more
by Phic ARMAN
June 24, 2025
Foto - Cosmopolitan
Fesyen

[FOTO] Gayakan Gaun Ala “Revenge Dress”, Ini Penampilan Pertama Dakota Johnson Selepas Berpisah

Berdasarkan People, beberapa sumber mengesahkan bahawa hubungan Chris Martin dan Dakota Johnson telah berakhir. Selepas hubungan romantik mereka telah berakhir,...

Read more
by Soph Azz
June 17, 2025
Fesyen

UNIQLO Melancarkan Koleksi Kolaborasi Ketiga Dengan Studio Ghibli

Jenama peruncit pakaian global, UNIQLO hari ini mengumumkan pelancaran 'My Dear', koleksi kerjasama UT terbaharu dengan Studio Ghibli, pada 4...

Read more
by Naddy Joe
June 11, 2025
Fesyen

Skechers Perkenal Street™ Shadow Collection, Penuh Gaya & Selesa!

Jenama global terkenal, Skechers kembali dengan fesyen Y2K dengan penuh gaya dan menghidupkannya di jalanan dengan keselesaan yang tiada tandingan....

Read more
by Naddy Joe
May 30, 2025
Fesyen

[VIDEO] Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram Ketika Bercuti Di Janda Baik

Pelakon, Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalaman seram selepas ada netizen yang menegurnya sentiasa mengendong bayi perempuannya, Mulan ketika bercuti di...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Fesyen

UNIQLO Perkenal Koleksi Summer 2025 ANYA HINDMARCH

Jenama peruncit pakaian global, UNIQLO hari ini mengumumkan sekali lagi kolaborasi bersama pereka British, Anya Hindmarch untuk melancarkan Koleksi Musim...

Read more
by Naddy Joe
May 16, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem