Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

[REVIEW KONSERT] Persembahan Piano Oleh Maksim di KL Bikin Penonton Macam Dipukau

by Phic ARMAN
February 18, 2023
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Maksim Mrvica, seorang pemain piano Croatia yang terkenal baru sahaja selesai melakukan persembahan solonya di Malaysia dalam Jelajah Asianya berjudul “Maksim The Collection” pada 14 Februari 2023 yang lalu. Sekaligus ia menjadikannya malam istimewa untuk Hari Kekasih di Malaysia, walaupun seluruh bandar Kuala Lumput mengalami kesesakan jalan yang teruk pada malam tersebut.

Maksim telah memberikan persembahan yang bertenaga dan dinamik, menggabungkan kemahiran piano virtuosiknya dengan alat muzik lain dan muzik elektronik.

Senarai lagu yang dimainkan sememangnya berbagai, termasuk gubahan asal Maksim serta cover lagu-lagu popular khas buat penonton. Maksim membuka persembahan dengan “Exodus” diikuti dengan “Clocks” dan banyak lagi lagu-lagu lain yang membuatkan penonton terpaku dari awal hingga akhir.

Sepanjang konsert itu, skrin besar di latar belakang memaparkan persembahan langsung Maksim dengan kesan visual tambahan, memberikan penonton pemandangan luar biasa tentang kemahiran pianonya yang menakjubkan.

Maksim menyampaikan lagu ikoniknya “The Flight of the Bumblebee” untuk aksi terakhir, yang menjadikannya dia terkenal sejak hampir dua dekad lalu. Dia juga membuat persembahan cover  lagu tema “Mission Impossible”. Peminat sangka ini merupakan terakhir kerana Maksim telah memberi tunduk hormat dan berjalan ke belakang pentas. Tapi dia membuat kejutan dan muncul semula dengan bermain piano lagu terakhir iaitu lagu tema filem “The Pirates of the Caribbean”.

Secara keseluruhannya, konsert Maksim The Collection Asia Tour merupakan satu pengalaman yang jarang kami dapat dari mana-mana konsert di Malaysia ini. Bagi MURAI MY, penonton hanya fokus kepada Maksim sendiri dan tidak ada penari ataupun penyanyi jemputan. Tapi MURAI MY menjangkakan Maksim memilih salah satu lagu popular di Malaysia untuk dipersembahan tetapi malangnya tidak.

Apa-apapun jutaan terima kasih kepada Harmonie International kerana membawa konsert itu ke Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Senarai Lagu 2023 Maksim The Collection Jelajah Asia

1.EXODUS
2.CLOCKS
3.IN THE HALL OF THE MOUNTAIN KING
4.BOHEMIAN RHAPSODY
5.GYMNOPEDIE
6.CHOPIN / BALLADE IN G MINOR, OP 23
7.NOSTRADAMUS
8.NUTCRACKER FANTASY
9.REMEMBER ME
10.CROATIAN RHAPSODY
11.GAME OF THRONES
12.THE FLIGHT OF THE BUMBLEBEE
13.MISSION IMPOSSIBLE
14.THE PIRATES OF THE CARRIBEAN (ENCORE) 

Maksim
https://lomp.at/ioyxu
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem