Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

“Kerja Dah Lama, Tapi…”- Rasa Tak Gembira Di Tempat Kerja, Mungkin Ini Sebabnya

by Lisa Ghani
February 23, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

53
KONGSIAN
Share on Facebook

“Aduh bosannya aku.”

Hari-hari harungi benda yang sama. Bangun pagi, bersiap, sarapan (itu kalau sempat), terus ke pejabat. Dan berulanglah hari yang sama.

Cuba tanya pada diri, adakah kamu terasa tidak selesa dan tidak gembira bekerja di tempat kerja pada ketika ini? Apa yang membuatkan kamu mempunyai perasaan sebegitu?

Rasanya ramai wanita pernah atau sedang mengalami perasaan sedemikian bukan, tapi apa yang membuatkan kamu mempunyai perasaan begitu.

Kamu hilang motivasi

Foto – Pinterest

Kenapa kamu rasa tidak gembira dengan kerja sekarang? Kamu hilang motivasi untuk bekerja boleh mempengaruhi emosi kamu sendiri. Apabila kamu hilang motivasi buatlah apa pun, pasti kamu akan merasakan setiap kerja dilakukan hanyalah beban dan mulalah diri kamu dibelenggu dengan pelbagai mainan emosi yang lain.

Tiada ‘berita gembira’ meski dah kerja lama

Ya, perkara ini ramai mengalaminya. Apa yang membuatkan kamu terasa tidak gembira adalah kerana tiada khabar gembira kenaikan pangkat atau gaji meski telah lama berkhidmat. Rasa tidak gembira ini akan terus menyerang dalam diri kamu, apatah lagi bila kamu lihat rakan yang telah lama bekerja seperti kamu mendapat surat pelantikan dan kenaikan.

Kerja bertambah tapi bonus tiada

Foto – Pinterest

Satu lagi perkara yang membuatkan kamu berasa tidak gembira di tempat kerja adalah kerana jumlah kerja semakin bertambah. Saban hari, banyak permintaan dari bos atau pihak atasan harus dipenuhi tapi bila ditanya soal bonus atau gaji senyap. Jadi, tidak hairanlah mood diri semakin tidak seimbang dan jiwa pun berasa sesak menghadap kerja yang berlambak di depan mata.

Selalu ditekan dengan bos dan pihak atasan

Selain rakan sekerja, bos atau pihak atasan juga boleh menyebabkan jiwa kamu berasa tidak gembira. Bos atau pihak atasan selalu mencari salah dan sering menekan kamu di tempat kerja, membuatkan kamu tidak lagi rasa bahagia untuk ke tempat kerja.

Jadi, apa yang perlu kamu lakukan? Hiraukan? Dapatkan terapi dengan bercakap dari isi hati kamu? Letak jawatan dengan meninggalkan dunia yang memberi kamu tekanan?

Cuba bawa bertenang dan fikir sedalamnya. Kalau kamu rasa tidak mampu meneruskan, ambil risiko. Tapi kalau kamu masih boleh bertahan, cuba menyemai semula rasa cinta pada kerja yang kamu lakukan. Percayalah lama-kelamaan perasaan tidak gembira itu akan hilang, dan kamu makin matang di alam pekerjaan ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
kerja tak gembiratekanan kerjatips kerja
https://lomp.at/916f9
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem