Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Cari Port Lepak Baru? Si Pencinta Muzik Boleh Menyanyi Sakan & Bersuka Ria Di A Quiet Place!

by Lisa Ghani
February 23, 2023
Foto - A Quiet Place

Foto - A Quiet Place

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Hujung minggu nak berlibur di mana? Nak tahu, ada port baru yang menarik perhatian baru sahaja dilancarkan.

A Quiet Place, mengalu-alukan kedatangan pencinta muzik dan peminat karaoke untuk menyanyi sepuas hati, menganjurkan parti atau berhibur dengan sahabat handai.

Merupakan lokasi hiburan sehenti, A Quiet Place menawarkan tiga konsep di bawah satu bumbung dan dilihat bakal menjadi tempat bersantai baru untuk keseronokan karaoke yang sebenar.

Foto – A Quiet Place

Dibuka di tengah Bukit Bintang, A Quiet Place merupakan kedai utama (flagship store) bagi Loud Speaker 2.0, Mini Studio dan GeTai yang berkeluasan 17,000 kaki persegi.

Sebaik saja melangkah masuk ke A Quiet Place, kamu akan disambut dengan konsep 70-an bermotifkan retro glam anggun dan mewah, memberikan rasa selesa dengan penampilan kontemporari-minimalis bersiling tinggi dan cahaya semula jadi dari pintu serta tingkap gelas.

Bila dah bersedia untuk karaoke, kamu boleh memilih tiga konsep yang selesa untuk kamu bersantai sepuas hati.

Loud Speaker 2.0

Foto – A Quiet Place

Suasana di sini berkelas dan ranggi akan membuatkan pelanggan berasa teruja untuk memulakan persembahan konsert mini mereka. Sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman karaoke premium, bilik Loud Speaker 2.0 memberikan keselesaan dan ruang privasi.

Mini Studio

Foto – A Quiet Place

Mini Studio menawarkan pengalaman studio sebenar untuk menyanyi seperti seorang artis rakaman. Ia juga merupakan tempat yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari hiburan karaoke yang tidak memakan masa atau keseronokan buat seketika, dengan harga yang bermula dengan hanya RM10 untuk 30 minit.

GeTai

Foto – A Quiet Place

Jika kamu mencari sesuatu yang lebih mencabar, GeTai adalag pilihan terbaik. GeTai ialah bar karaoke ‘open mic’ yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa. Kamu superti mengembara ke dunia filem Shanghai, kerana hiasan dalaman GeTai menggabungkan rekaan oriental lama dan teknologi, disempurnakan dengan pentas karpet merah.

Unik sekali konsep yang dibawakan oleh A Quiet Place ini. Untuk pertanyaan dan membuat tempahan, seperti berikut:

  • Laman web www.aquietplacekl.com
  • Hubungi +6012 766 7161 (Loud Speaker 2.0) / +6012 706 7161 (GeTai)

Alamat: GF-003, Ground Floor, Federal Arcade, No. 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 K.L

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
a quiet placepusat karaoketempat lepak best
https://lomp.at/4z1j0
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem