Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Dari Crystal Freckles Hingga Mekap Natural, Selebriti Ini Yang Tampil Memukau Di BAFTA23

by Soph Azz
February 28, 2023
Foto - Elle

Foto - Elle

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Berbeza daripada sebelum ini, Anugerah Filem Akademi British (BAFTA) ke-76 tahun ini; diadakan buat pertam kalinya di Royal Festival Hall, Southbank Centre London, England.

Membuatkan ramai orang termasuk peminat yang hadir ke anugerah tersebut teruja; adalah penampilan selebriti dan pembuat filem yang sangat bergaya dalam busana masing-masing.

Sama ada mengikut tema atau pilihan masing-masing, tak dinafikan bukan hanya pakaian dan gaya rambut sahaja yang memainkan peranan. Malah mekap juga  menjadi salah satu penyumbang untuk rupa yang glamor dan mewah di karpet merah.

Dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan mekap selebriti mana yang paling onz dan terbaik di BAFTA 2023.

Jung Ho Yeon 

Foto – Elle

Aktres dan model Korea, Ho Yeon nampaknya memilih untuk menggayakan tema ‘sleek & vintage’, dari rambut hingga ke mekapnya. Untuk mekapnya, Ho Yeon mengenakan winged eyeliner, gincu merah terang dan dilengkapkan dengan blusher pink serta highlighter.

Florence Pugh 

Aktres Florence pula memilih warm shade untuk dipadankan dengan warna pakaiannya,  bermula daripada eyeshadow coklat, blusher coral hingga ke gincu pink.

Foto – Elle

Apa yang Miss Murai dapat perhatikan, Florence menggunakan contour untuk memberi ilusi tulang pipinya lebih tinggi dan bulu mata palsu yang lentik yang dipadankan bersama winged eyeliner yang nipis.

Kate Middleton 

Memilih untuk kenakan one shoulder dress serba putih, Kate tampil menyerlah dengan mekap naturalnya. Smokey eyes dengan eyeshadow gelap membingkai seluruh matanya, manakala di kelopak matanya menggunakan eyeshadow rona coklat.

Foto – Elle

Sedikit kontur untuk mendefinisikan bentuk wajahnya, dilengkapi dengan blusher pink dan juga gincu yang seakan sama dengan warna asal bibirnya.

Jodie Turner-Smith 

Lain daripada selebriti lain, Miss Murai paling suka mekap aktres Jodie kerana perincian mekapnya itu melibatkan embellishment kristal di sekitar mata. Sekali tengok memang macam freckles!

Foto – Elle

Melengkapkan mekapnya, Jodie turut mengenakan eyeshadow mauve dan silver dengan reversed winged eyeliner yang memberikan bahagian matanya lebih stand out.

Bagi kamu siapa yang mempunyai mekap yang cantik?

Sumber Rapat Dakwa Kate Middleton Layan Putera William Sebagai Kanak-Kanak
bafta 2023kate middletonmakeup bafta 2023
https://lomp.at/4u2d5
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem