Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Ninja Van Malaysia Memperkukuh Automasi Hab Sempena Ulang Tahun Ke-8

Inovasi terbaru ini disasarkana untuk memproses sehingga 650,000 bungkusan sehari

by Phic ARMAN
February 28, 2023
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Ninja Van Malaysia, sebuah syarikat logistik berdaya teknologi, sedang mempercepatkan automasi dan menaiktaraf beberapa operasi lain sempena kempen ulang tahunnya yang ke-8, “Ninja Van Malaysia Turns 8: Celebr8ing Innov8ion”, selaras dengan komitmennya untuk menyediakan proses penghantaran barangan yang serba mudah untuk para pengirim dan pembeli di Malaysia.

Sejak tahun 2015, Ninja Van Malaysia merupakan salah satu pembekal logistik yang paling dipercayai di Malaysia, merekodkan perkhidmatan penghantaran barangan kepada lebih 15 juta penerima bungkusan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Syarikat tersebut juga menyediakan liputan 100% di seluruh negara dan hampir 5,700 lokasi Pick Up & Drop Off (PUDO) untuk menjamin pengalaman penghantaran yang lebih cepat dan lancar kepada pengirim dan pembeli. Pada Januari 2022, Ninja Van Malaysia juga mengumumkan pelancaran habnya seluas 260,000 kaki persegi di Shah Alam – hab terbesar mereka setakat ini.

Dengan sistem automasi bersepadu yang terbaru, proses penyusunan bungkusan kini ditambahbaik dengan fungsi penimbang berat, pengesan saiz dan ianya disasarkan mampu mengimbas sehingga 30,000 bungkusan sejam.

Sistem ini juga menyediakan data bungkusan masa nyata yang tepat, meningkatkan kecekapan penyusunan dan penjejakan bungkusan. Hasilnya, keupayaan pemprosesan bungkusan harian dijangka akan meningkat hampir 35%.

“Sejak beberapa tahun yang lepas, kami melihat bahawa e-dagang merupakan trend makro yang akan kekal. Oleh itu, kami akan terus memberi tumpuan ke arah memacu kecekapan operasi yang lebih besar dan membina infrastruktur untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam sektor logistik buat pelanggan kami.

Dengan mengautomasikan cara bungkusan-bungkusan diproses, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas dan selamat untuk para pengirim dan pembeli yang maju bersama kami sejak lapan tahun lalu. Kami percaya bahawa penambahbaikan ini juga selari dengan dedikasi negara dalam mengklasifikasikan logistik sebagai industri yang signifikan,” kata Adzim Halim, Ketua Pegawai Eksekutif di Ninja Van Malaysia.

Saban tahun, Ninja Van Malaysia telah memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk membantu pengguna memperkembangkan perniagaan mereka. Salah satu produk terbaru adalah Ninja Biz, aplikasi yang direka khusus untuk membolehkan pengirim mengakses akaun dan penghantaran mereka pada bila-bila masa.

Menjelang ulang tahunnya yang ke-8, Ninja Van Malaysia juga telah mengeluarkan kajian kertas putih pertamanya mengenai Jualan Penstriman Langsung di Asia Tenggara.

Kertas putih itu memperkenalkan Jualan Penstriman Langsung sebagai salah satu trend e-dagang di Asia Tenggara yang akan datang, dan ianya turut memperincikan pandangan tentang Jualan Penstriman Langsung yang dikumpul daripada lebih 1,000 penjual e-dagang Ninja Van di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Selain itu, Ninja Van Malaysia turut memperkenalkan Logistics+, satu rangkaian penyelesaian pengurusan rantaian bekalan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia Tenggara. Ia membantu PKS menavigasi rangkaian pembekal perkhidmatan dan penyedia perkhidmatan kewangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Kira-kira 30,000 PKS di Asia Tenggara kini mendapat manfaat daripada Logistics+

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ninja Van
https://lomp.at/gztqh
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem