Pelakon Megastar Amitabh Bachchan itu, sudah pun bersedia untuk menjadi peneraju utama dalam filem thriller bilik mahkamah “Section 84” arahan Ribhu Dasgupta.
Filem itu merupakan projek dari Reliance Entertaiment, Hanger Filem dan Saraswati Entertainment Pvt yang bekerjasama dengan Jio Studios. Mereka akan bekerjasama bersama Amitabh dan Ribhu yang juga turut mengarahkan pelakon Megastar itu dalam mini siri Yudh 2014 dan filem Te3n 2016.
Amitabh Bachchan kali terakhir mempromosikan filem Sooraj Barjatya’s “Unchai,” ia merupakan salah satu filem Box Office pada tahun 2022.
Amitabh mengumumkan filem Section 84 itu menerusi akaun twitternya.
“Satu keseronokan sekali lagi untuk berada untuk berada dalam syarikat minda kreatif yang terkenal untuk usaha baharu ini, dan cabaran yang bakal ada, bagi saya”-tulisnya
“Saya sangat berbesar hati, diberkati dan berasa gembira apabila dapat berkerjasama sekali lagi dengan Amitabh”-kata Ribhu.
Vivek B. Agrawal, penerbit Reliance Entertainment menyatakan bahawa ini adalah satu penghormatan untuk mempunyai Amitabh dalam filem kali ini. Justeru beliau sangat teruja untuk memulakan pengambaran ini bersama Ribhu dalam “Section 84”.
Sameer Chopra, VP pemasaran Reliance Entertainment menyatakan juga, mereka benar-benar berbesar hati untuk memulakan kerja “Section 84“. Kehebatan Amitabh yang tiada tandingannya digandingkan dengan penceritaan Ribhu yang menakjubkan. Ini akan menjadikan filem tersebut sebagai tontonan yang luar biasa untuk penonton di seluruh dunia.
Kami Murai MY juga tidak sabar untuk menantikan filem terbaru dari Amitabh Bachchan. Semoga filem itu mendapat sambutan yang luar biasa nanti.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.