Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Macam Ini Rupanya Beg Termahal Hermes Kelly Dapat Nama. Sebab Kehamilan Grace Kelly?

by Lisa Ghani
March 2, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

25
KONGSIAN
Share on Facebook

Jangan tak tahu, ada beg tangan dinamakan ilham daripada selebriti terkenal.

Fesyen sebagai contoh banyak mencipta hasil idea pinjaman legasi ikon terkemuka, dan jenama mewah beg tangan tidak terkecuali.

Kamu tahu bagaimana beg ikonik Hermes Kelly mendapat nama?

Foto – Getty

Cerita begini, semasa mengandung anak pertama, Grace Kelly sering dilihat menggunakan beg Hermes untuk menyembunyikan saiz perut dari paparazzi. Malu dan baru berkahwin, dia tidak mahu memaklumkan kehamilannya dengan segera, dan beg Hermes kesayangannya, membantu dia menyembunyinya. Beg itu menjadi begitu sinonim dengan Grace Kelly dan akhirnya menjadi julukan beg Kelly.

Dipetik dari Baghunter, gambar ini menjadi sangat popular di seluruh dunia dan berada di muka depan banyak majalah. Orang ramai menamakannya sebagai “Beg Kelly” dan ia mula berkembang popular di seluruh dunia. Ia memberikan syarikat lebih banyak pendedahan yang kemudiannya memberi inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan lebih banyak beg ikonik untuk selebriti kaya.

Grace Kelly membantu beg itu menjadi simbol status. Secara tidak langsung mempopularkan beg tangan koleksi lama Hermes tahun 1852. Kini Hermes Kelly melonjak naik sebagai pilihan paling mewah dalam koleksi Hermes.

Foto – Getty

Hari ini, beg Kelly dari Hermes direka dalam dalam bentuk trapezoid yang cantik dan dibuat dengan kulit yang paling mewah. Dipakai oleh selebriti dan jutawan sebagai simbol kekayaan.

Beg ini sangat berprestij dan eksklusif, dan sangat sukar diperoleh. Ia dibuat dengan penuh berhati-hati dan ketepatan. Hanya seorang tukang mengambil masa kira-kira 18 hingga 24 jam untuk menyusunnya dengan sempurna. Lapisan dalam beg Kelly diperbuat daripada kulit kambing dan kemudian selebihnya diperbuat daripada kulit tahan lama dengan butiran dan corak yang memberikan setiap beg rupa yang berbeza.

Hermes kelly adalah barangan yang terkenal dan elit daripada salah satu jenama paling terkenal dalam dunia fesyen.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
beg hermesgrace kellyhermes kelly
https://lomp.at/c440m
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem