Friday, July 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Bak Agama Ayah Ajar Haru-Biru”- Sharnaaz Ahmad Puji Bekas Isteri, Noornabila Pandai Didik Anak Soal Agama

by Puteri Alia
March 2, 2023
Via Instagram

Via Instagram

327
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap ibu-bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Didikan serta belaian kasih-sayang pastinya dicurahkan sepenuh hati agar menjadi insan berguna serta pemangkin ummah yang sejati.

“Kalau bab agama alhamdulillah didikan Nabila champion” – tegas Sharnaaz Ahmad

Sebenarnya cara ibu dan bapa mendidik atau melayan anak-anak juga berbeza kerana karakter sang ibu pastinya lebih manja dek lebih mengenali si buah hati pengarang jantung yang dikandungnya selama sembilan bulan di dalam rahim.

Namun dalam kelembutan melayani karenah anak-anak, pastinya soal agama dititikberatkan oleh setiap ibu-bapa kerana anak ini seperti kain putih yang perlu dicorak keperibadiannya.

Membahas soal didikan, pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik sebuah kenyataan beserta gambar anaknya, Jebat Jayden di laman Instagram Story miliknya memuji kaedah pendedahan agama yang diberikan oleh bekas isterinya, Noornabila kepada anak mereka meskipun masih kecil.

VIA Instagram

Umum mengetahui bahawa kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Nabila kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah, namun apa yang lebih indah anak mereka Jebat juga dibawa bersama untuk mendalami ilmu agama serta memenuhi rukun Islam yang ke-5.

Meskipun Sharnaaz dan Nabila sudah bercerai sejak 9 Julai 2020, hubungan mereka dilihat begitu  akrab demi kepentingan anak kesayangan mereka sehingga meraih pujian netizen yang mahu mereka disatukan semula.

VIA Google

Menurut Berita Harian, sumber rapat kepada pasangan Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin mendakwa bahawa rumah tangga mereka sudah retak menanti belah. Pasangan ini dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan didakwa mengharungi proses penceraian. Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Via Google

Apa yang lebih penting waktu ini pastinya kebahagiaan anak-anak serta insan tersayang agar tidak terganggu dek perpisahan yang tidak diingini.

“Dulu Tidur Sebelah Mama Siap Kerja Sekolah” – Neelofa Dedah Rahsia Kejayaan Datang Dari Doa Ibu

Rumah tangga mana yang tidak pernah berdepan dugaan namun sekiranya sudah tertulis tiada jodoh antaranya maka ibu-bapa harus bijak mengimbangi emosi agar keperluan anak tetap terjamin.

Hubungan Sharnaaz dan bekas isterinya itu harus dijadikan contoh teladan yang baik buat ibu-bapa di luar sana agar tumbesaran anak tidak terganggu dan hanya dilimpahi dengan kasih sayang.

neelofanoor nabilasharnaaz ahamd
https://lomp.at/jgili
Share131Tweet82SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Dah Jalani Hukuman, Masih Dikecam – Tony Eusoff Sindir Netizen Gali Kisah Ganja di Singapura

by Puteri Alia
July 17, 2025

Pelakon berpengalaman Tony Eusoff meluahkan rasa terkilan apabila kisah silamnya berkaitan penyalahgunaan dadah kembali dibangkitkan oleh netizen, walaupun kejadian tersebut...

Read more
Lokal

Bukan Semua Bapa Tiri Jahat – Shila Amzah Puji Ubai Layan Seth Seperti Anak Sendiri

Penyanyi berbakat besar, Shila Amzah meluahkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak berbelah bahagi terhadap suaminya, Ubai, atas segala...

Read more
by Puteri Alia
July 17, 2025
Lokal

Tak Tahu Menahu Hantaran Bekas Ibu Mertua, Ini Jawapan Bella Astillah Soal Larang Nenek Jumpa Cucu

Selebriti sensasi, Bella Astillah mengakui tidak mengetahui tentang hantaran dibuat bekas ibu mentuanya, Siti Hafiza Basharahil sempena ulang tahun kelahiran...

Read more
by Puteri Alia
July 17, 2025
Lokal

Anak Tomboy Dikecam, Datuk Seri Vida Pertahan Cik B Sampai Mati

Usahawan sensasi Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang anak perempuan yang tabah dan berhati mulia seperti Cik B...

Read more
by Puteri Alia
July 17, 2025
Lokal

[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination

MURAI baru je habis tengok episod Sembang Seram di YouTube malam tadi  dan serius, cerita yang Ifa Raziah kongsikan tu...

Read more
by Phic ARMAN
July 17, 2025
Foto - @zizi_kirana (IG)
Lokal

“Manusia Sama Seperti Kalian”- Zizi Kirana Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bergoyah

Kebelakangan ini muncul dakwaan bahawa rumah tangga penyanyi Zizi Kirana, atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil;...

Read more
by Soph Azz
July 17, 2025
Lokal

[VIDEO] “Mungkin Sebab Anak Dah Besar…” – Datin Seri Shahida Kerap Lihat Video Anak, Netizen Kongsi Rasa Yang Sama

Dalam dunia yang serba pantas ini, kadangkala kita lupa untuk menoleh ke belakang dan menghargai detik-detik kecil yang pernah memberi...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah-“Takpe Tetap Comel”

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin, penyanyi, pelakon, dan usahawan terkenal Malaysia, dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah,...

Read more
by Amirul Fikry
July 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!

Dato’ Ramli bin Mohd Salleh, atau lebih dikenali sebagai Ramli M.S. dan disapa mesra Tok Ram, adalah seorang maestro muzik...

Read more
by Amirul Fikry
July 17, 2025
Lokal

“Sihat Ni Kejap Je Allah Nak Bagi, Kejap Je Allah Nak Tarik…”-Aisha Retno

Penyanyi, Aisha Retno berkongsi keadaan terkininya selepas dikatakan rebah ketika menjalani penggambaran muzik video di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini. Selamat...

Read more
by Naddy Joe
July 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  2. 2

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  3. 3

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem